.

Wednesday 30 March 2011

Wasiat Ilmu Tauhid

Perkara yang paling berharga pada kehidupan seorang manusia adalah memahami Hakikat Ketuhanan Yang Sebenar dengan tepat. Kefahaman itu sewajibnya penuh dengan keyakinan tanpa sezarah keraguan atau zhan dan waham . Keyakinan yang jazam yakni keyakinan yang putus .


Kemantapan kefahaman tersebut berjaya dikecapi setelah menerima ilmu tauhid yang hak yang disepakati serta yang telah disediakan atau dibentangkan oleh para ulamak yang terdahulu di dalam kitab-kitab peninggalan mereka .


Kefahaman kita itu hasil sempurna akal memikirkan dan belajar berdalilkan Al quran dan Al Hadith yang menerima tafsiran iman Abu Hassan Assya’ari dan Imam Abu Mansur Al maturiddi, yang disediakan oleh para ulamak yang dikurniakan kelebihan memahami hal-hal agama bagi menyelamatkan manusia dari ditipu daya oleh manusia yang memahami hakikat ketuhanan semata-mata berdalilkan akal fikiran dan dalil –dalil zahir maksud sesuatu ayat Al Quran tanpa membentang serta menegaskan akan ayat hakikat yang menegaskan sesuatu yang haq. Justeru golongan manusia ,yang ego dan enggan menerima kebenaran ilmu yang telah disediakan menyebabkan manusia tersasar dalam kefahaman ketuhanan yang Haq.



Para ulamak yang terdiri daripada mereka yang paling hampir dengan abad nabi adalah ulamak yang terbaik . Bersyukurlah dan berterima kasihlah dan berdoalah akan kesejahteraan mereka di alam barzah semoga dicucuri rahmat Allah kepada mereka . Hasil titik peluh, pengorbanan masa , tenaga dan segala tanpa diharapkan ganjaran selain daripada keberkatan dan redha Allah dan atas rasa kasih sayang saudara seagama yang bimbang dan takut mereka yang mengikuti mereka di masa akan datang ditipu daya oleh syaitan serta kuncu – kuncu dikalangan manusia yang musyrik .
Sesungguhnya zaman mereka adalah lebih baik daripada zaman kita lantaran kerana hampirnya mereka dengan masa hidup nabi dan para sahabat sebagaimana sabda nabi s.a.w

Wahai isteri, anak-anak serta cucu cicit dan generasiku

Tentu anak –anak bertanya. Bagaimana mungkin kami hendak mengikuti serta mendengar serta mengikuti kuliah para ulamak itu sedangkan mereka semuanya telahpun pulang ke rahmatullah ?

Anak- anak tidak perlu bimbang tentang persoalan itu . Ulamak yang dikatakan telah meninggal dunia sejak beratus – ratus tahun dahulu sebenarnya sentiasa hidup dari zaman ke zaman serta bukan lagi hidupnya pada kaum serta bangsanya sahaja lagi .Tetapi , kini hidupnya telah merentasi zaman dan sempadan dunia dan di mana sahaja adanya saudara seagamanya .


Allah Maha Mengasihani akan hambaNya . Apabila hambanya telah melupaiNya, maka diutuskan seorang rasul sebagai pemberi peringatan dan pembawa berita gembira dan khabar menakutkan semoga manusia kembali semula kepada ketauhidan padaNya dan takwa padaNya .



Apabila Rasulullah wafat. Sahabatnyalah yang akan meneruskan visi lisan kebenaran. Apabila sahabat pula meninggal dunia , lisan dakwah kebenaran akan terus bertali sehingga ke akhir zaman pada diri hambaNya yang terpilih sebagai penyambung Lisan kebenaran kepada masyarakat setempatnya sama ada dengan secara terus atau peninggalan kitab-kitab penulisan mereka yang disepakati akan kebenarannya .


Wahai isteri , anak-anak , cucu cicit dan generasiku !


Jika hidup zahiriah kita, kita pandai memasangkan dengan keperluan fizikalnya setanding dengan kebanyakan orang ramai . Jika dilihat antara seseorang semuanya sama taraf . Semuanya manusia berlumba mempertingkatkan kekuasaan, pangkat serta kesenangan hidup sehinggakan melupai sempadan –sempadan yang dilarang kita menyeberanginya. Bahkan ada yang sanggup menghalalkan cara asalkan tercapai apa yang dihajati dihati.


Hati yang sepatutnya diisikan dengan sifat tauhid yang keyakinan yang jazam , diisikan sifat cinta kasih kepada Allah dan rasul , bersyukur telah diisi penuh dengan angan–angan, cinta sepenuhnya pada prasarana dunia , sehinggakan hati itu telah terhijab rasa yang sepatutnya disuburkan padanya .



Alangkah baiknya , sekiranya kita beria-ria berlumba-lumba mengisikan hati dengan tauhid yang mantap serta menyuburkan hati dengan sifat-sifat kepujian dan meninggalkan sifat tercela pada diri dan tidak berlebihan pada keperluan zahiriah sehingga tergugat masa untuk bersamaNya , keluarga dan masyarakat .



Oleh kerana, perkara batiniah ini tidak boleh disukat dan dinilai seperti harta benda zahiriah .Maka manusia , tidak mengambil berat berkaitan dengannya . Alangkah ruginya , jika harta bergunung sekalipun namun apabila diuji ditanya tentang ikhtikhad yang bawa selama ini rupanya adalah salah yang dirasakannya sudah betul . Bila yang dibelajar ? katanya sewaktu sekolah rendah dahulu . Sejak tamat UPSR , maka lengkaplah ilmu Tauhid .Dah sempurna jadi orang Islam yang sah . Rupanya jika dinilai dan disemak berpandukan sukatan yang disediakan oleh ulamak , markah bagi jawapan yang dijawabnya adalah menggagalkan dirinya bergelar Muslim Sejati . Rupa-rupanya pemahamannya adalah sama sahaja dengan orang bukan muslim .



Dan lebih rugi lagi , kiranya kita miskin dan ikhtikhad kita pula seumpama di atas apabila ditanya .



Dalam kita memperteguhkan dan mengesahkan kefahaman ketuhanan kita agar kita selamat dan mengenal pasti dengan jelas bahawa ikhtikhad yang kita bawa adalah sah diperakui dan diberikan kerakyatan seorang muslim lagi mukmin di sisi Allah. Tidak ada benda yang lebih berharga melainkan pengakuan keimanan kita diterima dan lulus dengan sempurna tanpa sebarang kecacatan “Zero Difek” .



Sebagaimana seseorang manusia yang hendak menjadi warga negara sesebuah negara .Dia mesti melalui pelbagai pemeriksaan serta mesti memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan .Jika ianya gagal maka gagallah hajatnya untuk menjadi rakyat negara itu .



Pada Islam , apabila hati telah mentauhidkan Allah , maka bagi mengesahkanNya ianya hedaklah berikrar atau mengucap syahadat bagi mengesahkan keislamannya dalam masyarakat . Ucapan syahadah itu sebagai Perjanjian bagi membolehkannya diadili dan serta mematuhi undang-undang yang melindungi dirinya dan masyarakat Islam terhadap dirinya . Segala gerak gerinya adalah dalam sempadan hokum syara’.







Allahlah yang Maha mengetahui Akan keislaman kita adakah sah atau tidak ?

Allahlah yang Maha mengetahui Akan keislaman kita adakah sah atau tidak ?

Oleh yang demikian , perlulah kita sentiasa belajar dan Mengemaskini dan bertanya pada mereka yang ahli sama ada ikhtikhad kita itu sah di sisi ASWJ . Jika rosak akidah salah pegangan maka menangislah air mata darah sekalipun tiada gunanya lagi apabila kita sudah dialam barzah.

Perkara yang paling berharga  pada kehidupan seorang manusia  adalah  memahami Hakikat Ketuhanan  Yang Sebenar dengan tepat

Pernahkah kita menjadi ahli 3 P iaitu pembaca , penonton dan pendengar seorang imam membacakan talqin kepada seseorang yang telah mejadi ahli perkampungan Muslimin. Pernahkah kita hayati akan pesanan yang diperingatkan kepada kita sebelum semuanya pulang ke rumah masing-masing .

Tinggallah kita sebagai penghuni kubur tempat yang gelap , atau sebuah lubang dari lubang api neraka , atau sebuah taman dari taman syurga .sama ada kita berada dalam keadaan huru – hara atau aman damai.

Yang pasti tempoh kita di sana lebih lama dari tempoh hidup di dunia yang kita rasakan sudah terlalu lama jika dikatakan berusia 100 tahun .

ikhlas: Mimbar Masjid

No comments:

Post a Comment