.

Monday 28 March 2011

SERUAN KEPADA WANITA-WANITA ISLAM

SIFAT-SIFAT PAKAIAN WANITA ISLAM

Secara ringkasnya, berikut ini adalah sifat-sifat pakaian wanita Islam, sebagaimana yang dapat diambil kesimpulan dan isyarat-isyaratnya  dan ajardaripada Quran, Hadit, dan ajaran para ulamak dan Hukama'.

  1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
  2. Pakaian itu tiada terlalu tipis sehingga tampak terbayang-bayang tubuh badan dari luar.
  3. Pakaian itu tiada ketat atau sempit, tetapi longgar atau selesa dipakai. Ia menutup bahagian-bahagian bentuk tubuh yang mengiurkan nafsu lelaki dan ia menutup aspek kehaiwanan dari insan itu.
  4. Warna pakaian itu suram atau gelap, seperti warna hitam atau kelabu asap atau perang, sehingga tiada bernafsu lelaki melihatnya.(Ini terutamanya pakaian luar, seperti Jilbab atau 'abaya. Menurut Ibn Kathir, di dalam Tafsirnya , pakaian wanita-wanita pada zaman Nabi s.a.w. ketika mereka keluar rumah , berwarna hitam)
  5. Pakaian itu tiada sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan yang harum, demikian juga tubuh badan perempuan itu, kerana bau-bauan ini ada pengaruhnya atas nafsu kelamin lelaki yang ajnabi. Perempuan yang memakai bau-bauan ketika keluarn rumah, sehingga lelaki mencium baunya, disifatkan oleh RasuliLlah s.a.w. sebagai zaniyah yakni pakaian pelacur.
  6. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian lelaki, yakni tiada meniru-niru atau menyerupai pakaian lelaki.Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian perempuan-perempuan yang kafir atau musyrik.
  7. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shurah, yakni pakaian untuk bermegah-megah, untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias.

Bersabda Rasulu'Llah s.a.w.
1.Ertinya:
Perempuan-perempuan yang memakai pakai, tetapi masih (seperti) bertelanjang, yang memalingkan pandangan lelaki ajnabi, dan yang terpaling pandangannya oleh lelaki ajnabi, kepala mereka seperti ungguh unta khurasan, tiada akan masuk syuga dan tiada akan mencium baunya sekali-kali.

2. Ertinya:
Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tiada mahu menutup akan rambutnya daripada dilihat oleh lelaki (ajnabiyah)

Firman Allah yang bermaksud;
'Dan katakanlah (Wahai Muhamad) kepada wanita-wanita yang beriman , hendaklah mereka menundukkan pandangan mata mereka( jangan memandang kepada lelaki yang bukan murim) dan hendaklah mereka menjaga kehormatannya(jangan berzina). Janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang zahir daripada ( bahagian muka dan tapak tangan) dan hendaklah mereka melabuhkan tudung kepala hingga menutupi dada mereka.(surah An nur :31)

No comments:

Post a Comment