.

Wednesday 30 March 2011

Roh

                R   O    H


Kitab Mukhasyafil Qulub

Rujuk tafsir radio : 4287

Surah Yasin : ayat 49



مَـا يَنظُـرُو نَ إِ لاَّ صَيْحَةً وَحِدَةً تَأْ خُذُهُمْ وَهُمْيَخِـصِّـمُونَ  (49

“Tidak ada lagi yang mereka  tunggu , melainkan satu suara keras yang akan menyeksa mereka ketika mereka  dalam pertengkaran sesama mereka “

فَـأَخَذْ نَـهُم بَغْـتَةً وَهُـمْ لاَ يَشْـعُـرُونَ  95.


al I’raf :Ayat 95 :

“Maka kami (Allah) seksa mereka  dengan tiba-tiba sedang mereka tiada sedar”

Tiupan sangka kala ditiup ketika keadaan manusia sibuk dan leka  dan tidak disangka .

Kiamat itu terbahagi kepada dua :

1.Kiamatul Akhbar(besar)

2.Kiamatul Asqhar(kecil)


1)Kiamatul Akhbar – hari kiamat yang hakiki

2) Kiamatul Asqhar-Kematian (maut)
Kematian  seseorang itu juga keadaanya tidak disangka –sangka dan
Dalam keadaan  sibuk.

فَلاَ يَسـْتَـطِيعُونَ تَوْ صِيَةً وَلاَ إِلَئ أََهْـلِهِمْ يَرْجِـعُونَ  50.

Surah Yasin :Ayat 50
                                “Maka tiada berdaya mereka untuk membuat pesanan  dan tiada
                                 pula berdaya kepada keluarga mereka untuk kembali “       


           Oleh yang demikian  , adalah wajar bagi  orang yang sihat akal fikiran mengadakan persediaan bagi menghadapinya yang hadir secara tiba-tiba , iaitu sama ada kematian ataupun kiamat ;
           Gambaran keadaan tidak disangka oleh manusia  telah dijelaskan oleh Rasullullah sa.w yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah r.a  :

              Sesungguhnya saat kiamat itu berlaku semasa dua orang sedang membentang baju antara keduanya belum sempat berjual beli dan belum sempat  melipatnya ; Sesungguhnya saat kiamat itu  berlaku takala seorang lalaki membongkok ke dalam kolam  sedang dia belum sempat mengambil air ;Sesungguhnya  saat kiamat itu  berlaku takala seorang lelaki telah kembali membawa susu untanya ,sedang ia  belum sempat meminumnya ; dan sesungguhnya  saat kiamat itu, berlaku,  takala orang menyuap makanannya  ke dalam  mulutnya sedang dia belum sempat memakannya “ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

           Oleh yang demikian , bagi memperolehi kenikmatan yang berpanjangan bergantunglah  kepada persediaan dan persiapan kita.

           Adapun kenikmatan di dunia adalah dibatas oleh Allah SWT.

           Itulah pengalaman pertama dan terakhir kita menghadapi mati .Jadi bagaimana ?

Syaidatina Aisyah pernah bertanya Rasulillah s.a.w. tentang keadaan mati . Baginda menyatakan “Adakah kita tak ingin berjumpa Tuhan yang kita Besarkannya dengan ucapan  Allahu  Akhbar,yang kita puji dengan  Alhamdulillah,Yang kita  dengan Subhanallah ,Yang kita  dengan Maasyaa-ALlah.
          
           Jika kita bersiap sedia  tentu kita menghadapi pertemuaan itu dengan tenang dan gembira ,dan sejahtera.


Ertinya :  “Wahai orang yang mempunyai pintu “

Makna yang  tersirat pada perkataan pintu itu  adalah “ membuka pintu hati” yang tertutup.

Dan bolehlah diterjemahkan maksudnya sebagai pintu hati atau pintu akal fikiran .

Semua akan berubah , lalai kepada taat  .Lupa akan kematian , ingat akan kematian kita
Akan wujud apabila kita diseramkan dalam diri kita dengan Rasa takut.


RASA TAKUT


           Adapun ,takut yang hendak kita bincangkan adalah takut  pada kehendak Iman .

Takut yang mengikut neraca kehendak Allah SWT  iaitu agar hati kita sentiasa takut pada

janji-janji Allah dan  hati kita sentiasa yakin pada janji Allah .

           Janji Allah adalah Benar .Takut ,kita itu bukan seperti takut kepada manusia .

Tetapi takut akan  janji-janji Allah kerana  janji-janji Allah adalah benar. 

Telah berkata Ulamak
a)     Selamatnya jasadnya manusia itu pada mengurangkan makan

b)     Selamatnya roh manusia itu pada sedikit dosa –dosa yang dilakukan

c)     Selamatnya agama manusia itu pada memperbanyakan selawat dan memelihara

Sunnah rasulillah  s.a.w.


Nabi Muhammad s.a.w. adalah seorang yang terpilih dan tinggi martabat

dikalangan Nabi ,rasul dan manusia ;Ianya terbukti apabila baginda di israkkan ( yang

terbatas bagi manusia memikirkannya ).  Tiba di Sidratu Muntaha (Jibril tidak dapat pergi

lagi) .Tetapi Nabi terus ke Mustawa  lalu baginda mengucapkan :


Nabi : Athahiyaa thul mubaa raka thuossholawaathuodthoiyibaa thuliLlaahi

Allah : Assalaamu’alaikha  aiiyuhannabiyyu warahmathuLlaahi wabarakathuh u.

Ertinya :

Nabi  :Segala kehormatan ,segala keberkatan ,segala solat segala kebaikan itu adalah ke atasNya

Allah :Sejahteralah Engkau wahai nabi ,begitu juga rahmat Allah dan keberkatanNya .

Allah telah menganugerahkan 2 pingat kehormatan kepada baginda iaitu :

1)     WarahmathuLlahi  (  rahmat Allah)
2)     Wabarakathuh       ( Keberkatan )
Segala gerak laku ,kata ,semuanya diredha ,dirahmati dan sentiasa diberkataniNya .

Demi kasihnya Nabi Muhammad s.a.w. akan umatnya , di pohon jika supaya Allah kurniakan  juga Darjah kebesaran itu untuk umatnya , lalu Allah berfirman

Allah :  Assalaa mu’alainaa wa ‘alaa ‘iba disholihiiiiiinn
Allah:Sejahteralah kami dan hamba Allah yang baik-baik

Oleh itu , kata Al Imam Al Ghazali
“Selamat jasad –kurang makan ;Selamatnya roh –kurang dosa; Selamat agama –banyak selawat dan pelihara sunnah dan segala sunnah .

                               
Sedikit makan itu menjadikan jasad sejahtera , berdasarkan satu hadis  yang bermaksud :

“Jangan kamu bunuh hati kamu dengan banyak makan kerana hati itu seperti tanaman , jika  tanaman itu diletak pada tempat bertakung air
( maka tanaman itu akan mati )”


Selamatnya Roh itu kerana sedikit melakukan maksiat – kerana hati ini seperti kolam yang mengalir masuk 4 batang sungai:

1)     Sungai penglihatan
2)     Sungai Percakapan
3)     Sungai perbuatan                             HATI                                 
4)     Sungai Pendengaran
                                                                                                        
          
Jika  yang mengalir itu keruh , maka keruhlah kolam itu ,begitulah sebaliknya .

Di dalam hati manusia itu ada satu ROH yang dinamakan  Rohul Sultaniah

Walaupun pengetahuan  mengenai ROH  ini adalah urusan Allah ,tetapi kita diberi sedikit ilmu mengenainya .

Roh itu terbahagi kepada dua (2) iaitu  dinamai:
1)     Rohul Hayat - yang dinamai nyawa
2)     Rohul Yaqhazhohroh bagi anggota badanseperti lidah ,tangan .telingan dan lain-lain .

(Roh yang membolehkan mata melihat , hidung menghidu , telinga mendengar dan lain-lain lagi )

Apabila seseorang itu tidur , Rohul Yaqazah keluar , yang tinggal adalah Rahul Hayat .Tapi jika jika tidur dalam keadaan berwuduk ,Rohul Yaqazah  akan bangun beribadat.

           Dalam Rohul Hayat ada satu lagi roh yang dipanggil Ruhul Sultaniah. Roh ini jika kita sentiasa melakukan ketaatan , kebajikan serta kebaikan  dan segala perkara yang jernih , maka roh ini akan ketagih melakukannya, kerana roh ini sudah bermesra manja melakukannya .

           Tetapi jika , kita melakukan yang  kemaksiatan , kejahatan dan segala perkara yang keruh maka ia akan ketagih pula mengerjakan  perkara yang keruh itu .

           Oleh itu , bagi menjamin selamatnya Roh kita , yakni hakikat diri kita ini adalah mengurangkan  dosa dan meninggalkan kemaksiatan pada Allah .

           Oleh itu , bagi kita menggugurkan dosa kita , maka hendaklah kita mencari penawar atau ubatnya .Ubat dan penawar bagi merawat ketagihan melakukan kemaksiatan .

           Sebagaimana Sabda Nabi s.a.w. “Segala Penyakit ada ubatnya , Dosa itu ubatnya adalah Isti’ghfar” Isti’ghfarlah 3 x , 70 x , 100 x ,

Selepas solat kita dianjurkan supaya beristi’ghfar 3x /10x  bagi menampung kelekaan ,kelalaian ke solat .
Sekiranya kita terbuat dosa ,segeralah beristi’ghfar

Kata Imam Al Ghazali : Wahai Orang yang beriman , bertaqwalah kepada Allah” 
Persoalannya , apakah itu Taqwa?
Takwa itu takut .Takut  apa ?
Takut akan janji – janji Allah yang berupa azab  dan mengharap akan Rahmat Allah .

Oleh itu , marilah kita hisab , marilah kita melihat ,kedalam diri kita , apa yang telah kita sedia atau bekalkan untuk menghadapi hari kiamat   iaitu kematian.

 Mati yang memeranjatkan !
Siapa yang terperanjat ? Orang yang mati – terkejut dan lebih terperanjat .Sedar-sedar dia dah tiada lagi di alam dunia .Dilihat dirinya terkujur kaku .
Orang hidup , terkejut . Sebentar tadi , kelmarin baru berjumpa dan seribu satu cerita mengambarkan perihal terkejut itu.

Apabila nyawa telah sampai dihujung kerongkong , siapa yang boleh menyelamatkan aku ? Aku mati juga …..

Akhirnya , sebelum kita ke alam barzah , alam kiamat , kita ditempatkan di alam dunia ini seketika .Alam dunia ini dinamakan alam Syahadah (alam penyaksian ).

Apa penyaksian .Siapa yang menjadi saksi Allah ?
1.Langit                      4. Malam                              7.Masa
2.Bumi                        5. Siang                                8.Segala-segalanya dicipta Allah saksi Allah.
3.Malaikat                 6.Pancaindera

Apa saja kebaikan /keburukan yangkita lakukan semuanya dipersaksikan kembali kepada kita.


Oleh: mimbar masjid

No comments:

Post a Comment