PENGGAL 4
1. Genab dua bulan Nabi , dalam kandungan ibunya , menurut ‘ulamak ampunya ceritanya .
2. Ayahandanya Abdullah wafat di Madinah Negeri yang Mulia .
3. Di masa itu ‘Abdullah menziarah ke sana , di tempat bapa saudaranya , golongan Bani ‘adi, Kabilah Najjar, terbangsa .
4. Menginap di sana selama sebulan , sakitnya dirawat, tak berjaya , lalu wafatlah Ia.
1. Seperti kandungan sembilan bulan , menurut keterangan yang lebih kukuh sandaran kata.
2. Zaman gelap hampir benar menjadi cerah gilang cuaca.
3. Di malam saat kelahirannya , IBU BAGINDA di datangi oleh Asiah dan Maryam , dalam suatu kumpulan Bidadari Syurga .
4. Sampai masanya , Aminah pun merasa sakit hendak bersalin, maka lahirlah Junjungan ,gemilang cahaya.
( Di sini tempat berdiri berqasidah memuji Nabi , ……………………………………………………………………..kemudian duduk semula menyambung.
Muka bercahaya,laksana suria * Menyinari malam , gilang gemilang
Malam keputeraan , Junjungan Mulia * Lahir agama , yang benar terang
Waktu itu , Aminah Ibu * Anak Wahab keturunan bahagia
Megah bangga sepenuh qalbu * Mencapai kurnia, tiada setara
Aminah, melahirkan seorang Perdana * Mengatasi siti , Mariam yang dara
Keputeraan anggapan si Kafir durjana * Bala’ menimpa menghancurkan mereka
Bertalu suara, bersorak ria * Suara “Ghaib, berbunyi Nyata
Muhammad lahir , ke ‘alam dunia * Penghuni ‘alam bersuka cita.
1.Ada ulamak berkata , elok benar berdiri , ketika qisah junjungan di baca .
2.Bertuah benar , orang –orang yang bertujuan , menghormati Junjungan , dan juga memuliakan Baginda.
Harumkan Ya Allah Maqam , Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan salam sejahtera.
Isnin, Oktober 15, 2001 23:59:24 malam
No comments:
Post a Comment