.

Wednesday 30 March 2011

Mari Berkenalan Dengan Rasulullah s.a.w. Dari Dekat

Satu Analisa ditulis : Ibnu Azhari Al-Kelantan

           Jarak masa di antara kita dan nabi Muhammad s.a.w.  sudah hampir 1400 tahun  , dan pengajian kita mengenai baginda  baik dari segi batang tubuhnya  atau juga dari  lain-lain  segi masih  banyak   yang belum rapat dan mesra.   Besar kemungkinan bahawa cinta  dan mesra terhadap baginda  akan semakin  pudar dan kehilangan tempat dalam jiwa kita  dan ini besar bahayanya .

           Satu ikhtibar mesti dibuat segera  bagi menghadapi kemungkian buruk ini .  bulan rabi’ul Awal selalunya memegang peranan penting untuk ini .   Dia mempunyai dara penyusup ke dalam jiwa yang masih hidup untuk ingatan kita .  Seperti juga  Ramadhan , banyak membuat orang terpegun  lama dihadapan  Al quran Al Karim dengan penuh  khusyu’ dan insaf  di malam-malam harinya .

           Apa kata kalau kita berhenti sejenak menatap wajahnya yang mulia  dan jasadNya yang diberkati  mana  tahu  selera kita bertambah dansayang mesra makin mendalam lagi .

Sifat – Sifat tubuhNya yang Mulia ;

           Di antara keistimewaan –keistimewaan penganut agama Islam yang begitu banyak ialah menyiapkan sebuah rekod khusus mengenai bentuk fisik jasad rasulullah nabi kesayangan mereka s.a.w. secara lengkap  dan penuh perincian .

           Dunia tidak akan ketemu dengan sebuah fail yang begitu kemas dan lengkap dalam perkara yang serupa  terhadap batang tubuh   mana-mana pemimpin dunia di seluruh  alam termasuk  mana-mana nabi zaman dahulu seluruhnya.   Kesayangan manusia  (sahabat) terhadap nabi besar Muhammad s.a.w  menyebabkan  segala apa  mengenaiNya  lebih-lebih sifatnya  telah disurat dan dirakamkan  dalam semua kitab ,Sunanulsitta  khususnya  dalam Al Zarqani dan Al-Syama’ Al imamal tarmidzi Rahmuahullah .  hasil dari itu  maka seorang manusia  muslim dengan segera dan tidak teragak-agak akan dapat mengenal  selalu Nabinya sekarang kalau ditakdirkannya baginda hidup balik  dan terserempak dengannya dimana sahaja dan bila-bila  pun .  Di bawah ini kita ringkaskan sedikit sifat-sifat tubuhnya .

Rasulullah s.a.w. dikurniakan :-

1.     Sebatang tubuh yang tegap dan kacak ( Murabba’ al-Qamah ), cahaya kulit baginda putih kemerah-merahan .
2.     Ukuran tinggi baginda seimbang dan sederhana ,  bila melangkah berjalan , maka seakan menurun dari tanah tinggi  kata sahabat baginda  . Rapi dan penuh  dengan kesungguhannya ( keadaan ini selain  dari  sebab – sebab  bentuk  tubuh  baginda  yang tegap dan sihat maka ianya  mencerminkan hasrat jiwanya  yang  tidak pernah kekosongan  Ada orang yang berbadan tegap dan rangkanya menggerunkan namun hentakkan  kakinya  tidak  bermaya dan  tidak  tentu arah sahaja.   Bila diajak bercakap  maka jelas nampak rupa jiwa dia kosong , tidakpunya  program hidup sebab itu  dia  merayau –rayau  membawa kaki sahaja .  bagi Nabi Muhammad setiap detik umur baginda  penuh tepu dengan  bekerja .   Maka anggota baginda  pun  turut hidup dan menghayunkan rentak yang aktif .

3.   Wajah  baginda  cantik berseri dan sentiasa senyum mempunyai perawakan yang menarik . 
  Pernah  sahabat-sahabatnya menatap  wajah baginda lama-lama kemudia menengadah ke langit 
  merenung bulan   purnama  untuk menentukan mana satu yang lebih berseri-seri .

4.      Ditengahnya terpacak sebatang  hidung yang comel  tirus memancong .  Kerongkong mata
     baginda  terpahat  luas  menampakkan  bulatan mata hitamnya  dengan  jelas .   Bahagian putihnya   
    yang terpaut  sekeliling  menambahkan lagi  seri wajah baginda .  Dari atas , melebat turun rambut- 
    rambut hitam berikal mayang mencecah bahu .   Janggut baginda hitam  dibiarkan baginda  tumbuh 
    dengan galaknya  di keliling  kawaan muka , manakala misai baginda dipapas berandam bagi
   menampakkan sikap kelakian  yang arif agaknya .   Bila panjang menghulur lebih dari genggam jari
    baginda  terus dipotong , serta  dipesan baginda supaya umat  baginda juga berbuat begitu , supaya 
    kamu mempunyai watak dan syaksyiah muslim yang  tidak serupa dengan kafir  musyrik kata
    baginda .
5.      Gigi baginda tersusun gagah . tentang putih bersihnya jangan ditanya kerana bersugi itu besar
    pahala  mengikut  ajaran baginda .  dan baginda sendiri sangat acap bersugi  sampai saya bimbang t 
    takut gigi baginda haus ujar seorang isteri .   bau mulutnya  yang manis-manis  anak  itu  membuat
    orang suka  duduk dekat .  Baginda berpidato . Yang anih, bau peluh baginda  juga  begitu .  Pernah
    seorang perempuan tua , Umu Aiman menyiapkan sebuah botol kecil , nasib – nasib dapat
    menyimpan peluh baginda di dalamnya .
6.      Di atas dada baginda yang luas bidang itu terdapat banyak bulu-bulu gagah .  Arus suburnya menali turun kebahagian bawahan perut baginda. 
7.      Manakala  perut baginda tidak besar berlabu tetapi kemas dan sama kempis dengan  bahagian dada baginda.
8.      Di bahagian  belakang  di celah dua tulang kipasnya  menimbul  sebiji butir sebesar telur burung kecil bertulis Allah dan dikenali sebagai “MOHOR KENABIAN” ,menurut cerita  , maka  butir ajaib inilah  menyebabkan  seorang Padri di Negeri Syam menggesa bapa saudara baginda abu talib yang sedang menjalankan urusan  perniagaannya  bersama nabi yang masih berumur  12 tahun itu , supaya cepat membawanya  balik ke Mekah , jangan sampai ketara oleh Yahudi bedebah di sini .

Mimpi Jumpa Nabi


    Pada dasarnya Islam menerima kebenaran mimpi dengan syarat-syarat yang tertentu .   Dia adalah satu-satunya  saluran ghaib yang masih baki untuk manusia   meninjau-ninjau  k ealam seberang sana .
Kerana Kenabian sudah tamat, apa yang baki  adalah khabar-khabar gembira atau mimpi salih yang dapat dilihat oleh seorang mukmin, maksud satu sabda :

“Sesiapa yang bermimpi melihat aku setelah aku  mati , maka seolah-olah dia melihat aku sewaktu aku masih hidup, kerana Syaitan tidak akan berdaya meniru contoh rupa aku”
Memang bertuah kalau anda dikurniakan sekali lagi mimpi begini .


Nabi Kenal Kita  Di Akhirat ?

                      Jarak masa di antara  kita sekarang dan rasulullah telah begitu jauh jurangnya .   Apa sempatkah  Rasulullah mengenali kita dicelah-celah  semak samun manusia yang berhimpit-himpit di padang Mahsyar nanti ?

                      Satu soalan  yang mungkin  meletus dikepala  kita , dan kebetulan telah pun meletus didalam kepala  kita  dan kebetulan telah pun meletus  di dalam kepala  seorang sahabat rasulullah s.a.w. di zaman hayatnya  dulu , lalu menyoalnya terus .  Untuk  meredakan  kerunsingan   sahabat baginda yang bimbangkan nasib  anak cucunya  yang lahir selepas  kewafatan nabi  itu . Baginda  membuat satu kias  yang dapat  dimengertikannya sendiri ,katakanlah tuan memelihara seekor  kambing  berwarna hitam . Bercampur dengan  kambing-kambing jiran disebelah yang beribu-ibu  ramainya  tapi kesemuannya berwarna putih belaka . Sukarkah tuan mengenali kambing tuan ? Jawab sahabat: Tentu  tidak sukar ya ! Saya pun  begitu  juga . Umat-umat saya akan dibangkitkan dari kubur masing-masing lengkap dengan tanda-tandanya sekali .  iaitu kakitangan mereka cantik berseri oleh kesan air wudu’ apa kata  sudah berwudu’?

           Baki lagi bolehkah kita sendiri mengenali baginda , sedangkan kita tidak pernah bertemu wajah dengannya ? mengikut hokum adat, memang  boleh bahkan lebih mudah bagi orang ramai mengenali orang seseorang.Untuk menguatkan  lagi , sila  tatap sebuah hadith yang dibawa oleh Imam Al Bukhari sendiri bermaksud :
                      “Bila selesai urusan menanam  seorangn mayat , datanglah malaikat-malaikat yang ditugaskan  khusus sambil menanya ;   “ Awak kenal siapa  orang ni ? Sambil menunjukkan  gambaran ; satu lembaga  manusia kiranya yang di soal itu dari kalangan mukmin , maka  dengan senang dia menjawab bahawa ; Inilah Muhammad.  Dia diutus ke dunia  mengajarmu agama Allah.  Saya sendiri telah mengunjung segala  apa yang  diajarNya  dengan penuh keyakinan .

           Sebaliknya kalau sidia itu dari kalangan kafir atau munafik . Maka jawabnya:
Oh!….. saya dengan khabar orang ini ialah Muhammad. Belum pun sempat dia bercelotehlebih panjang ,sebatang tongkat besi melayang singgah di kepalanya serta ditempelak.

           Begitu lama kamu hidup di dunia menghirup segala rupa rezeki Allah dan mencebuk  segala kesenangan  hidup. Tapi kamu Cuma  main dengar khabar sahaja ?  maka sambung menyambunglah segala rupa azab sengsara ke atasnya .

           Sekarang sudahkah tuan kenal Nabi Muhammad siapa orangnya .

Sumber:
Disediakan oleh :
(Dato’ Hj Mohd Murtadza Bin Hj Ahmad )
Mufti Kerajaan Negeri
Negeri Sembilan Darul Khusus.

ISNIN ; SEPTEMBER 3, 2001
JB. 
          

No comments:

Post a Comment