.

Sunday 27 March 2011

WARAK

Selalunya orang yang sentiasa menundukkan pandangan, berjalan tunduk dan banyak diam disebut orang warak. Hakikat warak yang sebenar ialah menjauhi perkara maksiat dan menjaga diri dari yang syubhat kerana takut terjatuh kepada yang haram.

1. Pada suatu hari Sayyidina Abu Bakar As Siddiq makan sejenis makanan. Kemudian dia mendapat tahu yang bahan makanan itu tidak jelas halal atau haramnya. Lalu dia menjolok tekaknya dan memuntahkan segala makanan itu.

2. Abu Soleh yang sedang sangat lapar terjumpa sebiji epal yang hanyut di sungai lalu memakannya.
Kemudian dia tersedar bahawa buah epal itu tentu datang dari kebun yang ada pemiliknya. Dia menemui tuan punya kebun itu untuk minta maaf. Tuan kebun itu mengenakan syarat agar dia bekerja dengannya selama 10  tahun. Abu Soleh akur bekerja dengan taatnya. Cukup 10 tahun, tuan kebun itu mengenakan syarat pula iaitu Abu Soleh mestilah mengahwini anaknya yang "lumpuh, buta, tuli  dan bisu".Syarat itu sangat berat bagi Abu Soleh, tetapi kerana mengharapkan agar dihalalkan epal yang dimakannya dulu, dia menerimanya. Rupa-rupannya anak gadis tuan kebun itu seorang wanita rupawan. Dia dikatakan lumpuh, buta , tuli dan bisu kerana dia tidak pernah membuat, melihat, mendengar atau bercakap perkara-perkara maksiat.

3.Ibrahim Bin Adham r.h.m terpaksa kembali  semula dari Jurusalem ke Basrah (Iraq) untuk mengembalikan sebiji korma yang jatuh dalam timbangan korma yang dibelinya, yang ia terlupa hendak mengembalikan ketika korma itu ditimbang.

4. Khalifah Umar Abdul Aziz pernah memukul anak kecilnya apabila mendapati anak kesayangannya itu memakan epal milik Baitul Mal. Katanya "Aku terasa seperti memukul jantung hatiku sendiri" Lalu dia pergi ke pasar dan membeli epal untuk anaknya.

No comments:

Post a Comment