.

Wednesday 30 March 2011

Fahaman Muktazillah Yang Menyesatkan

“FAHAMAN MU’TAZILLAH
YANG MENYESATKAN”
MUKTAZILLAH adalah suatu fahaman yang diasaskan oleh seorang murid Imam Hassan Al Basri yang bernama Wasil Bin ‘atha’.  Beliau  merupakan seorang yang alim , warak malah seorang yang kuat amal ibadat serta  sentiasa menjaga solat Qiyamullail dan seorang yang berani .  Walau bagaimanapun, pada suatu hari  semasa gurunya  Imam Hassan Al Basri  membahaskan  tentang Tajuk :”Orang Yang Melakukan Dosa Besar”.Maka timbullah perbezaan pendapat antara  guru dan muridnya.
 
           Mengikut pendapat Gurunya yang berdasarkan dalil syarak iaitu Al Quran dan hadith  , bahawasanya Orang Islam  Yang melakukan Dosa Besar masih  mukmin tetapi Mukmin yang asi (derhaka akan Allah) kerana melanggar larangan Allah .Ianya masih Mukmin selagi mana masih beriman atau percaya akan Allah swt  dan Rasulnya .

           Walau bagaimanapun , pendapat  itu disangkal oleh   Wasil bin ‘atha’.Wasil mengeluarkan pendapatnya berdasarkan dalil  logika akal fikirannya dengan mengatakan bahwasanya Pelaku Dosa Besar itu   tidak tergolong dikalangan Islam  yang Mukmin dan juga tidak jatuh keparas  Kafir( tidak mukmin dan tidak kafir) .tetapi berada  di anatara  dua kedudukan  iaitu yang diistilahkan sebagai manzilah bayna manzilatayyn.Tetapi sekiranya  pelaku itu tidak taubat maka  ianya akan terus kekal dalam neraka tetapi menerima azab yang ringan .
           Pendapatnya yang berasaskan logika akal ini disangkal oleh gurunya . Justeru itu , perselisihan faham ini menyebabkan Wasil bin ‘atha’  bersama kawannya yang memiliki Fahaman yang  sepertinya  iaitu ‘Amru  bin ‘Ubayd  mengadakan majlis pengajiannya sendiri. Tindakan Wasil  mengasingkan diri daripada jemaah gurunya dan menubuhkan  Halaqahnya sendiri  menyebabkan dia dinamakan golongan Mu’tazillah.

           Fahaman Mu’tazillah ini mula  lahir pada zaman  kerajaan Umaiyah dan mula aktif pada khalifah  Hisham  Abd. Malik(105 –125 H  bersamaan  724 – 743M) dan (724 – 748 M).

           Golongan Mu’tazillah  telah mempengaruhi penguasa dan tokoh pemerintah yang terkemuka dan pandai berpidato dan berbicara  yang mahir . Apabila penguasa menganuti serta melindungi Mu’tazillah , maka aliran fahaman lain ditindas dengan kejam .

           Pada tahun 750 M (132H) golongan Mu’tazillah telah berjaya menguasai  Khalifah Abbasiaah. Khalifah yang telah menganuti fahaman Mu’tazillah ini telah menindas secara kejam ulamak-ulamak yang tidak menerima  edologi fahaman berasaskan logika akal yang dibawa oleh wasil bin ‘atha’. Justeru itu , khalifah terus menerus selama 34 tahun mengembangkan fahaman tersebut secara paksaan .Barangsiapa enggan  serta menolak fahaman akan dipenjara , dan dibunuh.Sesiapa yang menerima akan menerima ganjaran dan hadiah daripada pihak khalifah .

           Pada zaman khalifah Abu Ja’far Al Mansur  yang memerintah pada 136-158 Hijrah yang bersamaan  754 – 775 Masihi, ‘Amr bin ‘Ubayd sahabat wasil bin ‘atha’ amat dihormati dan disegani oleh khalifah. Walau bagaimanapun , pada zaman khalifah Umaiyah , golongan berfahaman Mu’tazillah ini mengambil sikap tidak campur tangan dengan pihak istana dan politik .

           Tetapi corak tersebut berubah apabila  kerajaan Abbasiah memerintah . Dahulunya tidak  campur tangan dalam hal politik , kini telah bertindak dengan tegas dan berjaya menguasai pemikiran khalifah Abbasiah sehingga pemerintah kerajaan Abbasiah berfahaman Mu’tazillah secara total  dan  kejam .

           Ketika khalifah Harun Al Rashid (170 – 193H bersamaan 786 – 809 M) golongan Mu’tazillah telah mendapat kepercayaan Khalifah Harun Al Rasyid sehinggakan anaknya diasuh oleh golongan yang berfahaman Mu’tazillah .  Bukan setakat itu sahaja , gologan ini juga telah menguasai jabatan kerajaan  Abbasiah .

           Pada zaman khalifah Al Makmum bin Harun , beliau bukan sahaja menjadi seorang khalifah tetapi juga seorang tokoh Mu’tazillah yang bersikap militan dan ganas .

Pada zamannya  golongan Mu’tazillah berjaya mempengaruhi  khalifah sehingga memaksa supaya seluruh rakyat  menganuti fahaman Mu’tazillah .

           Pada tahun 218H , Perdana Menteri khalifah Al Makmum bin Harun telah memerintahkan semua ulamak-ulamak dan ahli hokum Islam ditangkap bagi tujuan  interogasi(menilai adakah  fahaman mereka bersesuai dengan fahaman Muktazillah ).

           Sekiranya , fahaman ulamak itu bertentangan , mereka dinasihatkan supaya mengubah pendirian mereka dan menerima  fahaman Mu’tazillah . Andai diterima , ulamak dan diberi ganjaran dan hadiah yang istimewa .Sekiranya enggan dan tetap dengan  pendirian asal , mereka akan dipenjara ,dipaksa ,diseksa dan akhirnya akan dibunuh sekiranya masih utuh dengan pegangan  murni mereka .
            
Berikut adalah  khalifah Abbasiah yang menjadi khalifah dan tokoh Mu’tazillah yang terkenal lagi zalim :-
1.     Khalifah Al Makmum Bin Harun(198-218H  = 813-833M )
2.     Khalifah Al Mu’tasim bin  Harun(218-227H  = 833-842 M)
3.     Khalifah Al Wathiq                     ( 227-232H = 842-847M)

Justeru , dapatlah sedikit gambaran bahasanya umat Islam dibawah kerajaan Abbasiah hidup menderita , gara-gara  fahaman sesat Wasil Bin ‘atha’ yang berjaya
menyesatkan  penguasa Abbasiah . Selama 34 tahun , mereka menghadapi tekanan fitnah yang amat besar daripada golongan Mu’tazillah . Selama itu , golongan Mu’tazillah  bertindak kejam dan zalim terhadap Ahli Sunnah Wal Jammah , Syiah dan lain-lainnya .

     Diantara ulamak Muktabar yang hidup waktu “Fitnah itu” adalah seperti berikut:
1.     Imam Al Bukhari
2.     ‘Isa bin dinar
3.     Ahmad Bin nasir Al Khasa’I
4.     Imam Ahmad bin Hambal
5.     Muhammad bin Sa’d
6.     Abu Muslim Mustamli Yazid bin Harun
7.     Abu Khaytammah
8.     Ismail bin Dawud
9.     Ismail Bin Abu Mas’ud
10.  Ahmad bin Al Dawraqi
11.  Muhammad bin Nuh
12.  Al Qawariri
13.  Sajjadah.

Tokoh Mu’tazillah yang bertanggungjawab mendalanginya:
1.     Ahmad bin Abi Du’ad
2.     Abd Rahman bin Ishaq

 Ulamak –ulamak yang terpaksa  menerima fahaman yang memaksa mereka mengatakan bahawasanya  Al Quran itu Baharu /Makhkuk  setelah menerima ugutan bunuh:
1.      Muhammad Bin Sa’d
2.      Abu Muslim
3.      Yahya Ma’in
4.      Abu khaythamah
5.      Ismail Dawud
6.      Ismail Abu Mas’ud
7.      Ahmad Dawraqi
Ulamak  yang terpaksa mengakui Al Quran adalah makhluk semasa Khalifah Al Mu’tashim (218 – 227H)
1.      Sajjadah             1 hari diseksa akhirnya mengalah
2.      Al Qawariri         2 hari diseksa akhirnya mengalah
3.      Muhammad Bin Nuh  semasa dalam perjalanan menuju berjumpa hakim
                                                   
Ulamak yang utuh mantap Imannya  IMAM  AHMAD BIN HAMBAL.  
 Walau bagaimanapun , penderitaannya amatlah berat sekali .
q  Tangan dirantai dengan rantai besi
q  Penjara selama 30 bulan (akhir zaman Makmum hingga zaman Mu’tashim)
q  Dicambuk 38 kali dan dipenjara
q  Pada bulan puasa ( Ramadhan ) disidang selama 3 hari
                                                                    i.      Hari pertama dipukul sehingga berdarah
                                                                  ii.      Hari kedua  dipukul sehingga  badannya pecah-pecah
                                                                iii.      Hari ketiga dipukul sehingga  beliau pengsan dan terputus tali celananya.
q 
        Ulamak-ulamak yang syahid mati dibunuh ( kepala dipancung) adalah :
Ahmad Bin Nasir Al Khaza’I

Oleh: Mimbar Masjid

10/5/2001 10:23:57 PM Friday

No comments:

Post a Comment