.

Wednesday 30 March 2011

Ulat beri pengajaran kepada Nabi Daud

Dalam sebuah kitab Imam Al Ghazali menceritakan, pada suatu hari ketika Nabi Daud a.s. sedang duduk di suraunya sambil membaca kita AzZabur, secara tiba-tiba beliau terpandang seekor ulat merah yang bergerak di atas debu.

Lalu, Nabi Daud berkata pada dirinya
Nabi Daud :,"Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata demikian kepada dirinya, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu untuk berkata-kata.

Ulat Merah: Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca,

"SUBHANALLAH WALHAMDULILLAHI WALA ILAAHA ILLALAAHU WALLAHU AKHBAR" SERIBU(1000) KALI. setiap hari.
                                       Dan pada malamnya pula, Allah mengilhamkanku membaca;
"ALLAHUMMA SHOLLIY 'ALA MUHAMMADIYN ANNABIYYIL UMMIYYI WA 'ALA AaLIHI WA SHOHBIHI WA SALLIM' setiap malam SERIBU(1000) KALI.

Selepas ulat merah itu berkata demikian, maka ia pun bertanya kepada Nabi Daud;

Ulat Merah: Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku supaya aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya, Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat berkenaan dan beliau berasa sangat takut akan Allah SWT maka  Nabi Daud pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah.

Begitulah sikap Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

Kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan teladan supaya kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang bersama-sama kita tumpangi ini.

Sumber :  Pedoman

1 comment:

  1. sehubungan itu, ketika kita masuk ke masjid
    sedang pada ketika itu, sedang berlangsung
    majlis kuliah ilmu, so kita x yah buat sunat
    tahayatul masjid..diminta kita baca tasbih di atas
    subhanallah..akhir ayat..4 kali dan duduk
    mendengar kuliah tersebut..wallahu a'lam

    ReplyDelete