.

Sunday 27 March 2011

Jangan Tunduk Ketika Bersalam

ISLAM  melarang umatnya menundukkan kepala di waktu berjabat tangan, kerana sikap yang demikian mengandungi penghinaan diri bukan pada tempatnya.

Diceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. apabila berjabat tangan dengan seseorang tidak menarik tangannya sampai orang itu menarik lebih dahulu tangannya daripada Rasulullah s.a.w.

Baginda juga tidak memalingkan wajahnya sampai orang itu memalingkan lebih dahulu wajahnya daripada wajah Rasulullah s.a.w.

Itulah adab Islam yang diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w. yang memancarkan prinsip harga diri, status insan, ketakwaan, tawaduk dan sifat-sifat mulia islam yang lain.

sumber: Utusan Malaysia  90an

No comments:

Post a Comment