TEMPAT YANG DISUNATKAN MENGANGKATKAN TANGAN
1) Takbiratul Ihram
2) Ketika hendak turun ke rukuk
3) Ketika hendak bangun ke I’tidal
4) Ketika hendak bangun daripada tasyahud awal
Inilah 4 tempat dan kita telah bahaskan 1,2,3, maka yang tinggal
Perkara 4 iaitu ketika hendak bangun daripada tasyahud awal.
Orang Melayu tidak mengatakan at tasyahud awal , kita mengatakan sebagai Tahayat .Maka dalam kita dipanggil tasyahud awal.
Jadi kata ulamak , timbul masalah masbuk .
Tentang masbuk ini , macam mana masalah mengangkat tangan bagi makmum masbuk .Bagi masbuk ini , fuqaha Syafi’e berkata
Orang yang masbuk itu , jika raka’atnya itu kena pada tasyahud awal memanglah diangkat.
ika imam duduk raka’at akhir (Tasyahud akhir ) manakala makmum masbuk pula duduk sebagai raka’at kedua (tasyahud awal) maka itu memang jelas , bangun dan angkat tangan .
Tapi, jika tidak jatuh pada tasyahud akhir bagi imam dan tasyahud awal, bagi makmum masbuk .Misal kata , raka’at 3 bagi pihak makmum dan raka’at akhir bagi imam , maka disunatkan juga mengangkat tangan sebagaimana keadaan bangun daripada tasyahud awal .Cuma lafaz takbir,
Sunat mengangkat tangan oleh masbuk sama seperti muwafik. Ini pada masalah mengangkat kedua tangan ketika bangun daripada Tasyahud awal .
Tetapi sunat bertakbir oleh masbuk hanya pada tempat tasyahud awal diri masbuk itu saja.(sebagaimana ternaqal dalam kitab Fathul wahab : Asyeikhkul Islam Zakaria Al Anshori )
Jika makmum jatuh menjadi raka’at ke 3 dan imam tasyahud akhir maka ,tidak sunat mengangkat tangan , dan tidak sunat baginya lafaz takbir ketika bangun .
Jika berbetulan makmum masbuk pada tasyahud awal dirinya ,pada tasyahud awal atau tasyahud akhir imam maka disunatkan mengangkat 2 tangan dan juga melafazkan takbir .
Jika selain dari itu , misalnya jika makmum masbuk raka’at ke 3 Dan imam tasyahud akhir , maka makmum masbuk hanya sekadar Bangun tanpa perlu mengangkat tangan , dan juga tanpa perlu melafazkan takbir ketika bangun bagi menyudahkan baki solatnya .
Begitu juga , sekiranya masbuk mendapat raka’at pertama, atau sempat berjema’ah bersama imam ketika imam pada tasyahud akhir Maka tidak disunatkan mengangkat ke 2 tangan , dan juga tidak disunatkan melafazkan takbir ketika bangun. Makmum itu, hanya Bangun bisu menunaikan raka’at seterusnya.
Begitu juga , sekiranya masbuk terus mengikut imam yang sedang membaca tasyahud awal (bagi imam) , maka makmum itu Tidak disunatkan mengangkat tangan dan juga melafazkan takbir ketika bangun. Dia hanya perlu bangun dalam keadaan bisu dan meneruskan solatnya .
Jika di baca takbir , tidak batal .Tapi Makhroh.(Dibenci Allah)
Jika bangun dan mengangkat tangan pada tempat yang tidak disunatkan mengangkat tangan boleh membawa batal
Contoh: Naik ke rakaat pertama , tidak disunatkan mengangkat tangan , tapi boleh membawa batal sekiranya mengangkat 2 tangan dan gerak satu kepala.
Jika dua tangan diangkat , kepala tidak digerak .Tidak batal tapi Qhatar iaitu Sudah Bahaya(sudah hampir kepada batal jika salah gaya , jika gerak maka batallah solatnya )
No comments:
Post a Comment