.

Wednesday, 30 March 2011

Batas Aurat Lelaki dan Perempuan 2

BATAS AURAT LELAKI   DAN PEREMPUAN


           Persoalan berkaitan dengan  menutup aurat tidak dapat diketepikan sebagai soal yang enteng dan titik – bengek, kerana tiada suatu pun yang  enteng dan titik – bengek di dalam  hukum – hukum  Allah Ta’ala .

Ta’rif ‘aurat:
 ‘Aurat daripada  segi  bahasa ‘Arab  ‘ awrah, bermakna ke’aiban .
Pada istilah Fiqh, ia diertikan bahagian  tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan .

1.               Batas ‘aurat lelaki
I )‘Aurat lelaki di dalam sembahyang ,pada segala lelaki dan perempuan yang mahramnya ,ialah barang yang antara pusat dan lutut . Dalam hal ini , pusat dan lutut itu bukan ‘aurat ,tetapi dianjurkan supaya ditutup juga kerana  ianya sempadan  bagi ‘aurat . Ini adalah berdasarkan kaedah Usul Fiqh :

Ertinya : “Barang  yang tiada sempurna ,yang wajib melainkan dengan dia ,  maka ia wajib pula”.

Adalah mustahil kita dapat mengekali menutupi pusat atau lutut  secukup-cukup sahaja bahagian lutut dan pusat ,tentu tiada sempurna kerana kita sentiasa bergerak sewaktu sembahyang maka sudah tentu berlaku keterbukaan sudut  ‘aurat  pusat dan lutut .

II )‘Aurat lelaki ketika  bersama perempuan yang (ajnabiyah) yakni yang bukan mahramnya adalah  sekalian badannya . Oleh yang demikian , hendaklahkita berlapang dada menurut kehendak  agama , dan mengekang kehendak  nafsu kita yang sangat berkeinginan membuka ‘aurat .Walaupun sekilas pandang , ianyasuatu yang mudah untuk dilaksanakan ,HAKIKATnya  kita memerlukan suatu azam dan  semangat yang kuat untuk mengikut  Syari’at agama dalam hal  ‘Aurat.
                                          
           Oleh yang demikian , apabila kita keluar rumah atau berurusan dengan perempuan  yang bukan  mahram  , sayugianya kita memakai pakaian  yang sempurna  menutup seluruh tubuh . Elaklah memakai seluar ‘short’ pendek sahaja
Atau memakai baju  ‘singlet’ berlubang . Pakailah pakaian yang biasa kita memakainya seperti  kemeja – seluar panjang ,  jubah - kain sarung , dan seumpama dengannya .

III)‘Aurat lelaki , didalam khalwah ( ketika ia bersunyi-sunyi seorang diri ,ialah dua  kemaluannya  ( qubul dan dubur ).
Makruh hukumnya  bagi seseorang itu melihat ‘auratnya sendiri,melainkan kerana Syar’iyyah (hajat yang diharuskan oleh Syari’ah, seperti berubat , dan sebagainya)

Oleh yang demikian , mandi berbogel  melihat aurat sendiri  adalah Makroh,(bagi lelaki) tidaklah sampai tahap hokum Haram. Terlebih afdal memakai kain basahan Kerana merupakan tuntutan Sunnah Nabi .
KESIMPULAN BATAS AURAT LELAKI
1) Di antara pusat dan lutut
1.1.1)Di dalam solat
1.1.2)Bersama  mahramnya(perempuan)
Pengertian  mahram   dan  muhrim:
Muhrim :
Adapun  muhrim itu adalah orang yang sedang dalam  ihram  haji dan umrah .
Mahram :
Adapun   mahram adalah orang yang tergolong  dalam ahli keluarga yang  haram dinikahi atau menikahi perempuan atau lelaki itu .
1.3)Bersama Lelaki        

2)Seluruh  Tubuh
2.1.    Apabila berhadapan dengan perempuan  ajnabi( orang yang bukan keluarga / atau orang yang  halal dinikah akan  dia  )
Oleh itu , haram  menampakkan tubuhnya , maka hendaklah ditutup akan badan seluruhnya  dengan   mengenakan baju  , jubah dan seumpamanya .

3)Dua kemaluannya  sahaja iaitu  kemaluan dan dubur  ( sewaktu berkhalwat/ bersunyi-sunyian )
3.1)        Sunat mengenakan kain basahan
3.2)        Makroh dibukakan atau berbogel secara berseorangan atau bersunyi-sunyian sama ada di dalam bilik  tidur atau bilik mandi .
3.3)        Bukan  haram  hukumnya  dibuka  dimasa berseorangan  tetapi  makroh.


BATAS AURAT PEREMPUAN  MERDEKA/KHUNTHA


‘Aurat peempuan yang merdeka (demikian juga khuntha) ,di dalam sembahyang ,ialah barang yang  lain   daripada  mukanya  dan dua tapak tangannya  yang zahir dan batin hingga  pergelangan  tangannya .

Muka dan dua  tapak tangannya ,zahir dan batin , hingga pergelangan tangannya , bukanlah ‘aurat  dalam sembahyang.
Yang  lain daripada ini(muka dan  dua tapak tangan ),semuanya dikira ‘aurat termasuklah rambutnya dan batin  tapak kakinya .

Adapun  tapak kakinya,memadailah ditutup dengan  bumi atau lantai ketika  berdirinya .

Jika lau kelihatan tapak kakinya atau tumitnya pada ketika ruku’nya atau sujudnya ,  maka batallah sembahyangnya.Ini juga  ‘auratnya ketika  dalam ihram dan ‘umrah ( 1)
     
Makroh bagi perempuan itu menutup mukanya dalam sembahyang ,KECUALI ketika ia berada ditempat sembahyang atau masjid di mana terdapat lelaki ajnabi yang tiada memelihara pandangan mereka ,sehingga membawa kepada fasad,maka haramlah atasnya mendedahkan mukanya .tetapi apabila ia hendak sujud ,wajiblah ia angkatkan kain tutup mukanya supaya  tiada tertutup dahinya ketika sujud .
(Rujuk al-imam Taqiyyu’ddin Abi Bakr ibn Muhammad al Husayniyy,Kifayatu’L-Akhyar, 2 Juz’ ,Juz’1 Singapura, 1356 H./ 1940 M., h. 57 dan Muhammad Nawawiyy al-Bantaniyy
Nihayatu’z-Zayu ,Singapura , 1386H/ 1966., h.47]

No comments:

Post a Comment