PENGGAL 2
- Ku katakan bahawa Nur yang tersebut tadi , ialah nur penghulu kita Nabi MUHAMMAD , anak Abdullah anak “Abdul Muttalib yang juga bergelar Syaibatul hamdii
( )
- ‘Abdul Muttalib anak Hashim yang juga bergelar ‘Umar anak Abdul Manaf,yang juga Mughirah nama dikenali .
- Abdul Manaf anak Qushoyi( ) yang juga bernama “Mujammi’( ) “, dinamakan Qushoyi yang bererti Jauh itu , kerana Qushoyi pernah dibawa merantau jauh dari Mekah , iaitu “Qhudhoa’ah”(
nama negeri .
- Tetapi dengan kehendak ALLAH , ia balik semula , dan menjaga negeri asalnya Mekah negeri yang dihormati.
- Qushoyi itu anak Kilaab( ), yang juga bernama Hakiim( ), anak Murrah( ) anak Ka’ab( ) anak Luuai( ) anak Qhalib( , anak Fihir( ) , yang juga dipanggil Quraisy yang kemudian Quraisy itulah , gelaran tetap bagi puak-puak yang mahsyur ini .
- Puak Quraisy sebelum ini, dipanggil “Kinaani”,
( ) begitulah kecenderung pendapat,pakar-pakar penyelidik keturunan nabi .
- Fihir itu anak Malik( ) , anak Nudhoar( ), anak Kinaanah( ), anak Quzaimah( ) , anak Mudrikah( ), anak Iliyas( ), iaitu orang pertama menyembelih Qurban tertentu di Tanah Suci.
- Pernah terdengar dari tulang Sulbi Iliyas ,Junjungan berzikir dan memuji Ilahi .
1. Iliyas ialah anak Mudhoar( ) anak Nizaar(
,anak Ma’ad( ) anak “adnan( ) yang begitulah
salasilah, menurut hadith yang sampai riwayatnya
kepada Junjungan sendiri .
2. Meneruskan rangkaian salasilah junjungan , hingga Nabi ALLAH Ibrahim , ada larangan Syar’ie..
3. Bagaimana pun , rangkaian nama satu persatu hingga “Adnan adalah benar-benar tidak ragu-ragu lagi.
4. Dari ‘Adnan hingga Nabi ALLAH Ismail , salasilah keturunan memang ia bertali.
1. Sila hormati, rangkaian keturunan yang laksana Permata Intan Baiduri .
2. Rangkaian di mana Junjungan berada , ditengah –tengah bulatan Tokoh terpilih bermutu Tinggi .
Suatu rangkaian keturunan , yang Kau kira tinggi berharga , dengan segala hiasan .Mengkalungkan Dia oleh bintang “JAUZA’’ di angkasa akan rakan-rakan bintangnya .
Alangkah cantiknya ……… bertatah permata dengan keagungnannya
Dikaulah Permata Tunggal yang tiada bandingannya .
3. Sila muliakan titisan keturunan yang suci dari perangai sumbang perkelaminan secara orang bebal tak mengetahui .
4. Ini telah dinyatakan dalam kitab “MAURID karangan Zainul’iraaqhi.
Memuliakan Muhammmad,Allah pelihara * Keturunan baginda, Suci Mulia
Tidak tersentuh sumbang dan Cela *Sejak Adam ke Ayahbonda baginda.
1. Pemimpin yang Mulia , berpindah –pindah dari keturunan , demi keturunan bergemilang cahaya .
2. Akhirnya tiba , digarisan dahi nendanya , ‘Abdul Muttallib dan ‘Abdullah bapa Baginda.
Harumkan Ya Allah , Maqam Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
10/10/2001 12:37 AM RABU
22 Rejab 1422
No comments:
Post a Comment