Jangankan manusia biasa, wanita solehah da isteri-isteri Nabi pun terasa sunyi tanpa lelaki. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan wanita akan resah dan kesepian. Kepada lelakilah wanita memanggil ayahku, suamiku atau anakku. Dijadikan mereka daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Wanita pertama yang dijadikan Allah adalah Siti Hawa yang pada mulanya tinggal di dalam syurga bersama suaminya Nabi Adam a.s. Kepada Nabi Adamlah Siti Hawa merujuk, mengadu dan bermanja-manjaan. Allah nikahkan siti Hawa dengan Adam kerana Adamlah pada masa itu satu-satunya lelaki di Syurga. Alangkah bahagianya dua insan baru yang diciptakan secara langsung oleh
Allah, dinikahkan dan tinggal di dalam syurga yang penuh kesenangan dan kenikmatan.
Rujukan:
Khainunnisa Ghazali. (2002), Hikmah Kejadian Wanita.Kuala Lumpur: Darul Nu'man.
No comments:
Post a Comment