.

Showing posts with label Berzanji. Show all posts
Showing posts with label Berzanji. Show all posts

Wednesday, 30 March 2011

Berzanji- Penggal 4

PENGGAL  4

1.   Genab dua bulan Nabi , dalam kandungan ibunya , menurut  ‘ulamak ampunya ceritanya .
2.   Ayahandanya  Abdullah wafat di Madinah  Negeri yang Mulia .
3.   Di masa itu ‘Abdullah  menziarah  ke sana , di tempat bapa saudaranya , golongan  Bani ‘adi, Kabilah  Najjar, terbangsa .
4.   Menginap di sana selama sebulan , sakitnya dirawat, tak berjaya , lalu wafatlah Ia.

1.  Seperti kandungan sembilan bulan , menurut  keterangan yang lebih kukuh  sandaran kata.
2.  Zaman gelap hampir benar menjadi cerah gilang  cuaca.
3.  Di malam saat kelahirannya , IBU BAGINDA  di datangi oleh Asiah dan Maryam , dalam  suatu kumpulan Bidadari Syurga .
4.  Sampai masanya , Aminah pun merasa sakit hendak bersalin, maka lahirlah Junjungan ,gemilang cahaya.
( Di sini  tempat berdiri berqasidah memuji Nabi , ……………………………………………………………………..kemudian duduk semula menyambung.
Muka bercahaya,laksana suria                            *    Menyinari malam , gilang gemilang
Malam keputeraan , Junjungan Mulia                 *    Lahir agama , yang benar terang
Waktu itu , Aminah Ibu                                            *    Anak Wahab keturunan bahagia
Megah bangga sepenuh qalbu                  *    Mencapai kurnia, tiada setara
Aminah, melahirkan seorang Perdana                *    Mengatasi siti , Mariam yang dara
Keputeraan anggapan si Kafir durjana                *   Bala’ menimpa menghancurkan mereka
Bertalu suara, bersorak ria                                  *   Suara “Ghaib, berbunyi Nyata
Muhammad lahir , ke ‘alam dunia                              *   Penghuni ‘alam bersuka cita.

1.Ada ulamak  berkata , elok benar berdiri , ketika qisah junjungan di baca .
2.Bertuah benar , orang –orang yang bertujuan , menghormati Junjungan , dan juga memuliakan Baginda.

Harumkan Ya Allah Maqam , Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan salam sejahtera.
Isnin, Oktober 15, 2001  23:59:24 malam

Berzanji- Penggal 3

PENGGAL  3


1.     Apabila ALLAH hendak melahirkan Nur Muhammad ke ‘alam nyata .
2.     Bertubuh badan , bernyawa , berupa dan bersifat  dengan  sifat kebathinan yang  ada.
3.     Dipindahkan ke dalam Rahim  ibunya  Aminah  keturunan Mulia .
4.              Dan ditentunkan bahawa  Aminah itulah , Ibu kepada Baginda.

1.  Berita dismpaikan  ketujuh-tujuh lapis langit , 
         dan bumi , bahawa Aminah  mengandungkan Nur  
         Muhammad yang Mulia .
     2.  Setiap yang merestukan   kelahirannya , merasa
         nyaman  seperti udara  berhembus diembun pagi  
         menunggu datangnya sang suria .
3.  Kemarau hilang , dan bumi subur semula laksana
    memakai kain  “Sunduus”, menghijau rata .
   4. Buah-buahan menjadi ranum , menunggu petikan , tuan
      yang empunya.

1. Mergastua  qabilah Quraisy  dalam  hal ini
berbahasa ‘arab  fasih  bercerita .
     2.Singgahsana Istana , patung-patung berhala      
tersembam    duka .
     3.Timur dan Barat , ikan dilaut binatang di darat
sama gembira .
     4.‘Alam seluruhnya  Ria ,laksanan  peminum ,dapat ,
              dapat meneguk  minuman yang lazat cita .

    1. Jin –jin juga ,dapat berita  gembira , disamping ahli-ahli nujum , dan paderi , yang merasa kecewa.
    2. Heboh sekelian  yang mengetahui darihal  kelahiran  Junjungan – bercerita .
    3. Disuatu malam Aminah  bermimpi , dikatakan “Engkau wahai Aminah mengandungkan  bakal  penghulu ‘alam semesta .”
    4. Namakan wahai Aminah , bayi itu Muhammmad,ertinya terpuji ,kerana dia akan terpuji , dan dipuji dimerata –rata .

Harumkan Ya Allah , Maqam Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
10/9/2001 12:47 pagi Rabu
22 Rejab 1422

Berzanji- Penggal 2


PENGGAL  2


  1. Ku katakan bahawa  Nur yang tersebut tadi , ialah nur penghulu kita Nabi MUHAMMAD , anak Abdullah anak “Abdul Muttalib  yang juga bergelar Syaibatul hamdii
   (         )
  1. ‘Abdul Muttalib  anak Hashim yang juga bergelar  ‘Umar anak Abdul Manaf,yang juga Mughirah nama dikenali .
  2. Abdul Manaf anak Qushoyi(        ) yang juga  bernama  “Mujammi’(           ) “, dinamakan  Qushoyi yang bererti Jauh itu , kerana Qushoyi pernah  dibawa  merantau jauh dari Mekah , iaitu “Qhudhoa’ah”(                 
   nama negeri .
  1. Tetapi dengan kehendak ALLAH , ia balik semula , dan menjaga negeri asalnya  Mekah negeri yang dihormati.

  1. Qushoyi  itu anak  Kilaab(         ), yang juga  bernama Hakiim(       ), anak Murrah(        ) anak Ka’ab(       ) anak Luuai(        ) anak Qhalib(     , anak   Fihir(      ) , yang juga dipanggil Quraisy  yang kemudian  Quraisy itulah , gelaran tetap bagi puak-puak yang mahsyur  ini .
  2. Puak Quraisy sebelum ini, dipanggil “Kinaani”,
(         ) begitulah kecenderung pendapat,pakar-pakar penyelidik keturunan nabi .
  1. Fihir itu anak Malik(     ) , anak Nudhoar(      ), anak Kinaanah(         ), anak Quzaimah(        ) , anak Mudrikah(       ), anak Iliyas(       ), iaitu orang pertama menyembelih Qurban tertentu di Tanah Suci.
  2. Pernah terdengar dari tulang Sulbi Iliyas ,Junjungan berzikir dan memuji Ilahi .

1.  Iliyas ialah anak Mudhoar(       ) anak Nizaar(      
   ,anak Ma’ad(     ) anak “adnan(      )  yang begitulah  
    salasilah, menurut  hadith  yang sampai  riwayatnya
    kepada Junjungan sendiri .
2.  Meneruskan rangkaian salasilah  junjungan , hingga  Nabi ALLAH Ibrahim , ada larangan Syar’ie..
3.  Bagaimana pun , rangkaian  nama satu persatu hingga “Adnan  adalah  benar-benar tidak ragu-ragu lagi.
4.  Dari ‘Adnan  hingga Nabi ALLAH Ismail , salasilah keturunan memang ia bertali.

1.   Sila hormati, rangkaian keturunan yang laksana Permata Intan Baiduri .
2.   Rangkaian di mana  Junjungan berada , ditengah –tengah bulatan Tokoh terpilih  bermutu Tinggi .
Suatu rangkaian keturunan , yang Kau kira tinggi berharga , dengan segala hiasan .Mengkalungkan Dia oleh bintang  “JAUZA’’ di angkasa akan rakan-rakan bintangnya .
Alangkah cantiknya ……… bertatah permata dengan  keagungnannya
Dikaulah Permata Tunggal yang tiada bandingannya .
3.   Sila muliakan titisan  keturunan yang suci dari perangai sumbang  perkelaminan  secara  orang bebal tak mengetahui .
4.   Ini telah dinyatakan dalam kitab “MAURID  karangan  Zainul’iraaqhi.



Memuliakan Muhammmad,Allah pelihara   * Keturunan baginda, Suci Mulia

Tidak tersentuh sumbang dan Cela                 *Sejak Adam ke Ayahbonda baginda.

1.     Pemimpin yang Mulia , berpindah –pindah dari  keturunan , demi keturunan  bergemilang cahaya .
2.     Akhirnya tiba , digarisan dahi nendanya , ‘Abdul Muttallib  dan ‘Abdullah bapa Baginda.
  
Harumkan Ya Allah , Maqam Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera
10/10/2001 12:37 AM RABU
                                                                22 Rejab 1422

Berzanji- Penggal 1

PENGGAL 1


  1. Ku mulakan karangan ini , dengan nama ALLAH Tuhan  Ilahi.
  2. Ku mohon limpahan berkat , atas segala ni’mat yang telah diberi.
  3. Ku ucapkan pujian kepada ALLAH  sebenar-benar puji.
  4. Ku iringkan pujian dengan kesyukuran , yang amat Tinggi .

1.  Ku pohonkan semoga ALLAH  cucurkan rahmat , dan
   selamat kepada junjungan , yang Nurnya mula-mula
   dijadikan ALLAH di ‘alam nyata .
2.  Nur yang berpindah dari keturunan , demi keturunan ,
   yang kesemuanya  keturunan mulia .
3.  Ku pohonkan semoga  ALLAH  , kurniakan keredhaan , khasnya kepada seluruh keluarga Baginda.
4.  “Amnya , kepada sekelian Sahabat , Pengikut –pengikut Sahabat , dan orang-orang terkemudian  dari masa ke semasa.

  1. Ku pohonkan kurniaan hidayah , menuju  jalan yang terang nyata .
  2. Juga  menuntut  elakkan daripada  langkah-langkah yang sesat melata .
  3. Ku siarkan seluruh  kisah  Junjungan dalam gubahan yang indah  cipta .
  4. Gubahan dari nasib yang mulia yang menyedapkan pendengaran sesiapa juga .



1.  Ku pohonkan pertolongan  ALLAH  , Tuhan yang gagah perkasa.
2.  Sesungguhnya  tiada daya , dan tiada upaya , melainkan dengan pertolongan ALLAH yang Maha Kuasa .

Harumkan Ya Allah , Maqam Junjungan yang Mulia
Dengan kata-kata ucapan selawat dan selamat sejahtera .
Isnin , Oktober 08, 2001
20 Rejab 1422