.

Showing posts with label solat. Show all posts
Showing posts with label solat. Show all posts

Friday, 8 April 2011

Adab-adab setelah selesai solat

Setelah kita bersalam, mengakhiri ucapan munajat:

a.   hendaklah kita mempunyai perasaan, kalau-kalau persembahan yang telah dipersembahkan itu tidak diterima Allah SWT dengan redhaNya, lantaran kurang sempurna; bahkan hendaklah kita anggap bahawa persembahan kita terlalu jauh dari sempurna, dan hendaklah kita bercita-cita akan menambah kebagusan solat yang akan kita persembahkan.

b.   hendaklah kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah menyempurnakan solat kita.

Tegasnya hendaklah kita duduk barang sebentar untuk berzikir sebagai tanda gembira dan bersenang hati atas kesempatan yang telah kita peroleh, yakni kesempatan bermunajat kepada Allah azza wa jalla.

Seseorang yang baru turun dari istana ketua negara, sesudah menghadap berbual-bual dengan ketua negara sendiri, tentulah kelihatan air mukanya berseri-seri kerana dalam ingatannya terbayang-bayang kebaikan ketua negara yang telah sudi menerima ia menghadap dan berbual bicara dan sudah tentu lidahnya menyebut-yebut kebagusan perlakuan ketua negara.

Maka zikir sesudah solat adalah sebanding dengan itu, bahkan lebih dari itu.

Lantaran demikian, sungguh tidak layak -apabila kita sesudah salam, terus saja melompat bangun, dengan tidak bertasbih barang sepatahpun. Orang yang terus bangun berdiri sehabis solat, adalah orang yang tidak merasai sama sekali kelazatan berhadapan kepada Allah Khaliqul 'Alam.



Thursday, 31 March 2011

Solat

Menunaikan sembahyang atau di dalam Bahasa Arab disebut’Solat’ merupakan rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Solat merupakan tiang agama.Mereka yang mengerjakan solat ialah mereka-mereka yang menegakkan agama manakala mereka yang tidak mengerjakan solat diibaratkan seperti mereka-mereka yang meruntuhkan agama. Terdapat banyak firman-firman Allah yang memerintahkan kita supaya mengerjakan solat.


 Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud:
Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat.Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya(pahala) di sisi Allah.Sungguh Allah Melihat apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku,Allah tidak terkesan sama ada kita solat ataupun tidak...tetapi kitalah sebagai hamba yang akan terkesan bilamana kita tidak menunaikan solat..seseorang yang tidak menunaikan solat bukan sahaja mendapat dosa malahan dia mungkin cenderung untuk melakukan dosa dan maksiat lain..hilang panduan hidup dan tidak tenang jiwanya..bukankah Allah Taala telah berfirman bahawa sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar??
Firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:
“ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”

Solat Yang Tidak Dapat Mencegah Kemungkaran
Sekalipun,Allah Taala telah berfirman bahawa solat itu mencegah kita dari melakukan perkara yang keji dan mungkar...Tapi..jangan pelik bilamana kita melihat ramai masyarakat Islam hari ini yang mengerjakan solat tetapi dalam masa yang sama masih melakukan maksiat dan dosa??contohnya,betapa ramainya perempuan-perempuan di negara kita yang menunaikan solat tetapi tidak bertudung dan tidak menutup aurat dengan sempurna??atau mungkin ada yang taat dalam menunaikan solat tetapi tidak segan silu menyentuh lelaki atau perempuan yang bukan mahram?lalu,bagaimana yang dikatakan solat itu mencegah dari melakukan perkara keji dan mungkar??

Sidang pembaca yang dikasihi..
Solat merupakan sesuatu yang sangat berat..ia perlu dilakukan dalam keadaan sedar..dengan sabar..dengan hati yang khusyuk dan mengingati Allah..bukan sekadar sambil lewa dan bukan juga seperti ‘ayam mematuk jagung’..
Firman Allah di dalam Surah Taaha ayat 132 ada menyebut:
Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam mengerjakannya.Kami tidak meminta rezeki kepadamu,Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan akibat yang baik di akhirat adalah bagi orang yang bertaqwa.
Firman Allah lagi di dalam Surah Al-Baqarah:238
Peliharalah semua solat dan solat wusta.Dan laksanakanlah solat kerana Allah dengan khusyuk.
(Solat wusta menurut hadis sahih ialah solat Asar.)

Saudara-saudaraku,dua firman Allah ini sudah terang menganjurkan kita untuk sentiasa menjaga solat..kerana solat itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan..solat orang yang berilmu dan tidak berilmu itu begitu banyak bezanya,,

Neraka Wail Untuk Orang Yang Lalai Dalam Solat

Di dalam Al-Quran ada diterangkan dimana terdapat satu neraka yang disediakan khas untuk orang-orang yang menunaikan solat tetapi lalai dalam solatnya..iaitu yang dinamakan neraka wail..sebagaimana yang disebut di dalam firman Allah
Surah Al-Maun ayat 4-5
"Maka neraka wil bagi orang-orang yang solat..iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya..

Sahabat-sahabatku,di dalam solat tidak lain tidak bukan hati dan fikiran kita haruslah hanya mengingati Allah..bilamana kita tidak ingat Allah..maka tika itulah syaitan akan mengganggu kita dengan pelbagai bayangan sehingga menyebabkan fikiran kita melayang ke lain dan tergolonglah kita dalam golongan yang lalai dalam solat..

Firman Allah di dalam Surah Taha:14 yang bermaksud:
Sungguh Aku ini Allah,tidak ada tuhan selain Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku..

Solat dilakukan untuk mengingati Allah..Namun..apa yang banyak berlaku pada kita hari ini..ialah bilamana kita tidak mengingati Allah di dalam solat..baru sahaja hendak mengangkat takbir..fikiran kita sudah melayang entah kemana..hingga satu dunia kita jelajah..malahan lebih hebat bilamana ada yang menunaikan solat dalam keadaan teringat barang yang hilang..dan selesai solat..bisa mengetahui dimana ia tersalah letak barang tersebut..astaghfirullahalazim..betapa kita berada dalam kelalaian yang amat nyata..lalu,apa makna solat kita??
oleh itu..janganlah kita merasa pelik bilmana kita melihat ramai orang hari ini yang taat mengerjakan solat tetapi solat itu tidak dapat mencegah dirinya dari melakukan dosa dan maksiat..solat itu tidak dapat melahirkan rasa takutnya pada Allah..

Andai benar seseorang itu khusyuk dan ikhlas dalam mengerjakan solat..percayalah sahabat2ku..seseorang itu pasti takut untuk melakukan sesuatu yang melanggar syariat dan perintah Allah..selagi mana solat yang kita lakukan tidak dapat mencegah diri kita dari melakukan maksiat,dosa dan perkara-perkara keji..maka selagi itulah kita harus sentiasa berusaha untuk memperbaiki solat kita..insyaallah..

Hikmah Solat
Terdapat banyak hikmah dan kebaikan yang akan diperolehi bilamana kita ikhlas dalam mengerjakan solat dan bisa mencapai kekhusyukan dalam mengerjakannya..Mereka-mereka yang solat dengan hati yang khusyuk adalah mereka-mereka yang berjaya..

Ana ingin berkongsi satu pengalaman..pengalaman ana sendiri..yang mana..ana merasakan kejayaan yang Allah beri pada ana ketika itu ialah berkat ana mengerjakan solat..sekalipun...mungkin tika itu ana baru berumur 10tahun dan belum baligh..tapi,bilamana ana sudah semakin membesar dan mengingati kembali kejayaan itu..ana percaya..kejayaaan yang Allah beri pada ana ialah hasil solat yang ana lakukan...

Sewaktu di dalam darjah 4..ana sudah taat solat..sehingga sampai satu saat..bilamana ana tidak sedar subuh..ana menangis kerana sedih tidak solat..sedih kerana tidak sedar subuh..kemudian,ana akan  berbaring..menangis dan membaca kalimah-kalimah dalam solat sambil berbaring dan memohon ampun pada Allah..Oleh kerana waktu tu..ana masih kecil..ana tidak tahu..bahwa solat boleh diganti jika kita tertidur atau terlupa..Cuma itu yang ana lakukan bila ana tidak solat..

Pada awal tahun 5..ana menyertai pertandingan bercerita peringkat zon..bercerita bukan perkara baru bagi ana..ana sudah mula bercerita bahasa Inggeris dari Tahun 3..dan menyertai pertandingan bercerita kisah-kisah agama di peringkat sekolah rendah dan agama..tapi,apa yang berbeza pada tahun ini..ia adalah kali pertama ana mewakili sekolah rendah ana ke peringkat zon..dengan berbekalkan kisah Nabi Nuh a.s..ana mendapat johan dalam pertandingan tersebut..seterusnya..ana menyertai pula pertandingan bercerita peringkat Daerah dan berjaya meraih Johan buat kali yang ke-2..seterusnya..ana menyertai pula pertandingan bercerita peringkat negeri dan berkjaya meraih Johan buat kali ke-3..Cuma waktu ini..ana diberitahu oleh cikgu ana bahawa terdapat dua orang peserta yang mempunyai markah yang sama iaitu ana dan seorang lagi peserta dari daerah lain..tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada ana..dan ana mendapat Johan dalam pertandingan tersebut dan seterusnya ke peringkat kebangsaan untuk mewakili negeri Pahang..saudara-saudaraku..ana menceritakan ini bukan untuk membangga diri..tetapi sekadar perkongsian..kerana ana melihat kejayaan yang Allah beri pada ana tika itu kerana ana melaksanakan perintahnya yang satu ini..sekalipun tika itu ana masih kecil..

Mari Perbaiki Solat

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,sebagai akhirnya..marilah kita sama-sama memperbaiki cara kita menunaikan solat..Ingatlah!selagimana solat kita itu tidak dapat mencegah kita dari melakukan sesuatu yang tidak baik..keji dan mungkar..maka ketahuilah..mungkin ada kekurangan dalam kita melaksanakannya..tetapi andai kita merasakan kelazatan dan kemanisan dalam solat..solat itu bisa memandu kita ke arah yang baik..maka ketahuilah..mungkin Tuhan meredhoi apa yang kita lakukan..sekalipun kita tidak mengetahui sama ada solat kita diterima ataupun tidak..tetapi,hakikat yang sebenar..kita sendiri bisa merasa sama ada solat yang kita lakukan itu benar-benar sampai kepada Allah..

Rasailah getaran dari hujung kepala hingga hujung kaki.. saat kamu menyebut kalimah’Allah..hati yang bisa merasai kehadiran Allah dalam solatnya.. sampaikan ia bisa merasa seolah-olah dirinya melihat Allah atau paling tidak.. dia tahu Allah melihatnya..maka capailah ia kehusyukan dalam ibadahnya..

Hayatilah rangkap lagu Mawaddah ini..

Jika tidak terasa lazatnya sembahyang
Menunjukkan kita ada dosa..
Bermohon ampunlah kepada Tuhan..

-Ya Allah..bantulah kami untuk kami mencapai kekhusyukan dalam melaksanakan ibadah kami kepadaMu..aaminn.


Wednesday, 30 March 2011

Perkara Membatalkan Solat

PERKARA MEMBATALKAN SOLAT

MEMANJANGKAN RUKUN YANG PENDEK   SERTA PENGECUALIANNYA

           Adapun salah satu daripada perkara yang termasuk   perkara yang membatalkan solat adalah  memanjangkan  rukun yang pendek.

Dalam Mazhab Syafi’e, ternasuk rukun yang pendek dalam solat adalah:
1)     I’tidal
2)     Duduk antara dua sujud

Apabila diperkatakan tentang rukun yang pendek , mana pula yang di termasuk  perkara rukun yang panjang ?

Adapun  , termasuk  rukun yang panjang bagi Mazhab Imam Syafi’ie adalah:
1)     Rukuk
2)     Sujud

Bagaimana kadar panjang yang dikatakan  membawa batal solat seseorang  yang sedang beri’tidal ?

Seseorang itu batal solatnya apabila ia memanjangkan I’tidalnya .
Kadar panjang itu adalah  ( Jika pada I’tidalnya tidak boleh dipanjangkan sehingga  kadar jika dibaca Surah Al Fatihah , nescaya lulus ia ( 1) )    Kadar baca yang dimaksudkan adalah pada bacaan yang tartil dan  terpelihara tajwid yang sempurna .

Walaubagaimanapun , ada ketikanya  keadaan  kadar panjang  melebihi syarat di atas pada masa I’tidal tidak membatalkan solat .

Jadi , Apakah pengecualiannya , sehinggakan sekiranya dipanjangkan juga tidak membatalkan  solat seseorang itu ?

Terdapat pengecualian yang diberikan (Istikna’) jika dipanjangkan  I’tidalnya itu  kerana membaca zikir  yang  disyaratkan seperti membacaDoa Qunut Nabi   atau serta dengannya  Qunut Syadina Omar al Khattab Adapun , membaca sambungan pada Qunut  Nabi dengan Qunut Syaidina Omar adalah suatu Sunah yang Mustahabbah andai kata  makmum atau jemaah redha  pada memanjangkan doa qunut berkenaan .

Pada diri Syaidina Omar , apabila selesai Qunut Nabi  beliau akan menyambung membaca Qunutnya .   Oleh  itu , sekiranya imam yang diredha  jemaah atau wanita dirumah atau lelaki yang keuzuran tidak dapat ke masjid  digalakkan memanjangkan qunut  dengan menyambungkannya dengan qunut  Syadina Omar al Khattab .

“Tho lul qhu nutti  yuqhaffitu sakaratilmaut ti”
“Sesungguhnya Qunut itu meringankan waktu sakaratul maut”

 Apakah erti qunut ?
Qunut adalah zikir maqsusun.
Zikir yang tertentu yang ada padanya doa dan puji-pujian  ke hadrat Allah.

Bagaimana sekiranya seseorang tidak dapat membaca Qunut ?
Jika seseorang yang uzur (tidak dapat menghafal ) qunut, maka boleh ia  membaca kadar ada pada bacaannya itu :

1)     doa
2)     puji-pujian ke hadrat Allah s.w.t.

Contohnya :

           Allahummaqhfirli              Ya Qhaffurru
          

       1) (Doa)                      2) puji-pujian ke hadrat Allah

Bagaimana kafiyat Rasulullah s.a.w berdo’a ?

Ada dua cara Nabi berdo’a :
1)    Imam Ahad – Sama dengan paras bahu ,tangan dihamparkan ke langit disatukan kedua tapak tangan .
2)    Ibnu Omar – Sama  dengan paras bahu (setentang bahu) ditadahkan  tapak ke arah muka .

Muslim – Anas : Nabi mengangkat melepasi bahu dan kepala , dalam keadaan ‘Istiqhaq’ iaitu  memohon  sesuatu dengan bersangatan hajatnya iaitu hujan.

Perbincangan Makmum Muafik Dan Masbuk

Syarat Sah Jemaah
Kumulai perbincangan fiqh Mazhab Imam Syafi’e pada masalah Muwafik dan Masbuk.

Pengertian Muwafik  :
“Makmum yang berdiri bersama  imam , dan lama perdiriannya itu sekira-kira lulus membaca  surah Al fatihah yang pertengahan  sama ada makmum tersebut membaca fatihah ataupu tidak”

           Dalam solat berjamaah, syarat-syarat yang mengesahkan solat berjemaah perlulah diketahui oleh setiap ahli makmum atau jemaah .

           Adalah dinaqalkan oleh ulama’  dalam kitab-kitab peninggalan mereka adalah seperti berikut :

“Janganlah makmun terdahulu  daripada Imam lebih daripada dua rukun fi’li dengan sengaja “      --- dan—

“Jangan makmum tercicir atau terkemudian atau ketinggalan daripada imam hingga  dua rukun  fi’li dengan tiada uzur.

Adapun makmum yang uzur( makmum Muwafik) maka ianya dibenarkan tercicir atau terkemudian atau ketinggalan dariapada imam sehingga 3 rukun fi’li yang panjang-panjang , malah tiada dihisab atau dikira  akan rukun yang pendek .

Adapun 3 rukun  yang panjang adalah :-

1)     Rukuk serta tumakninah
2)     Sujud yang pertama serta tumakninah
3)     Sujud yang kedua serta tumakninah

Adapun rukun yang pendek yang tiada dihisab adalah :-
1)      I’tidal serta tumakninah
2)      Duduk antara dua sujud serta tumakninah

Adapun makmum muwafik wajib baginya membaca Fatihah sehingga selesai dan jika ada uzur , maka makmum muwafik  dibenarkan  tercicir atau terkemudian  daripada imam kerana bagi menyempurnakan  bacaan fatihahnya sehingga 3 rukun fi’li yang panjang dan tiada dihisab akan rukun yang pendek.

Di antara  uzur yang dibenarkan oleh syarak kepada makmum muwafik , sehingga  terkemudian daripada imam sehingga 3 rukun fi’li adalah seperti berikut :-

1)     Makmum tersebut  memang seorang  lambat membaca al fatihah , sama ada  ianya semata-mata lambat (sengaja lambat) ataupun lambat ia membaca fatihah kerana memelihara  tajwid al fatihah .

2)         Makmum lupa membaca surah Fatihah ketika berdiri , ketika hendak rukuk ianya teringat bahawasanya dia belum lagi membaca fatihah.(Mungkin asyik dan leka  mendengar bacaan surah imam yang lunak)

3)                Makmum syak – adakah sudah  atau  belum ianya membaca surah fatihah maka wajib menyempurnakan fatihahnya , dari kerana syaknya itu , dia dihukumkan belum membaca.

4)                Makmum  membaca doa iftitah dan ta’awuz, dan didapati imam sudah rukuk wajib sempurna  fatihahnya .

5)                Imam yang memang membaca cepat.

6)                Imam yang tiada memberi ruang kepada makmum untuk menyempurnakan fatihahnya  yakni selepas mengAminkan fatihah , Imam terus  membaca surah yang kadarnya  tidak meluluskan makmum membaca surah Fatihah dengan sempurna .

Sekiranya Imam telah sempurna sujud yang kedua  sedangkan makmum masih belum selesai membaca fatihah , maka bagi mengelakan solatnya terbatal , makmum tersebut hendaklah melakukan salah satu daripada  dua tindakan  berikut .

Tindakan Pertama :

Hendaklah makmum muwafik itu terus ke rukun yang dilakukan oleh imamnya .

Misalnya ;
Bacaan Makmum muwafik belum selesai imam telah sempurna  sujudnya yang kedua dan ke rukun tahaya awal atau akhir  , maka  hendaklah  makmum  muwafik  menamatlkan atau memberhentikan bacaan fatihahnya  dimana jua kedudukan bacaannya dan terus  menyertai  rukun yang dilakukan oleh Imam nya.

Tindakan Kedua :

Hendaklah makmum  muwafik  itu  berNIAT  MUFARAQAH .
Misalnya :
Apabila didapati Imamnya telah menyempurnakan rukun yang ketiga iaitu sujud yang kedua , sedangkan dirinya lemah dan tidak jua dapat menyempurnakan bacaan fatihahnya 

Sekiranya , makmum muwafik tidak mengambil salah satu tindakan yang tersebut di atas,  dan terus sahaja membacakan fatihahnya  sedangkan Imam sedang ke rukun yang berikutnya  maka BATALlah solat makmum muwafik itu .


SYARAT  SAH   BERJEMA’AH



Pengertian Masbuk :
Masbuk – “Makmum yang perdiriannya bersama  imam tiada kadar masa sekira-kira lulus  membaca Al Fathihah yang pertengahan”

Oleh yang demikian , makmum masbuk berlain peraturannya dengan makmum muwafik .

Bagi makmum muwafik , tidak bangkit hal yang membenarkannya tercicir  atau terkemudian daripada imam  dua rukun fi’li (bagi yang tiada uzur ) dan tiga  rukun fi’li yang panjang  dan tiada dihisab rukun yang pendek – pendek bagi keuzuran yang diluluskan atau dibenarkan oleh syarak .

Adapun masalah berkaitan makmum masbuk ini terbahagi  kepada 3 keadaan .

KEADAAN PERTAMA :
q  MAKMUM MASUK DI DALAM SEMBAHYANG , IMAM SEDANG RUKU’

KEADAAN KEDUA

q  MAKMUM MASUK DI DALAM SEMBAHYANG , IMAM SEDANG BERDIRI DAN SEDANG MEMBACA SURAH

KEADAAN KETIGA

q  MAKMUM MASUK DI DALAM SEMBAHYANG , IMAM DI DALAM RUKUN SELAIN RUKUK DAN MEMBACA SURAH SEPEERTI DALAM SUJUD , I’TIDAL , DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN SEBAGAINYA .

HURAIAN :

KEADAAN PERTAMA :

Makmum masbuk , masuk di dalam sembahyang ,imam sedang rukuk

Dalam keadaan ini , maka hendaklah makmum itu bertakbiratul ihram  dengan sempurna syarat-syaratnya (21 perkara) itu , lalu diqiamkan tangan diatas perut dan dibawah dada dahulu.

Apabila  telah sempurna , maka hendaklah makmum itu  sekali lagi bertakbir  (Takbir Intiqalat/Takbir perpindahan rukun ) untuk rukuk bersama imam .

Adapun syarat pada rukuk makmum itu  adalah seperti berikut:
“Hendaklah  rukuk makmum itu bersama imamnya dan dapat pula berthumakninah di dalam rukuknya bersama imam itu (sekurang-kurang kadar  subhanallah semasa bersama rukuk imamnya )”

 Dan makmum masbuk , tetap akan dikira mendapat raka’at  itu  apabila ianya dapat mendirikan rukuk serta thumakninah bersama imamnya  dengan yakin .

(Thumakninah ertinya  berhenti sekejab iaitu mematikan segala gerak kecil dan besar  danmati geraknya itu ada sekadar lulu dibaca pada berhentinya itu subhanallah)  
          
Dan  keadaan imam masih belum bangun berpindah ke I’tidal . Maka takala itu , dapatlah ia akan raka’at tersebut .

Tetapi sekiranya, tiada lulus sekadar thumakninah  berserta imam dalam rukuknya, maka tiadalah diperoleh akan raka’at tersebut .
 
Maka hendaklah  ditambah raka’at yang tidak diperolehinya itu selepas imam selesai memberi salam yang kedua .

Ataupun , jika  dating Taraddud(bolak balik)  yakni syak di dalam hati sama ada dia dapat thumakninah bersama imamnya ataupun tidak.    Oleh yang demikian , hendaklah dia  terus sahaja mengikut imam , akan tetapi dia dikira tidak memperolehi raka’at  itu .

Justeru itu, hendaklah disempurnakan raka’at yang luput (sebab syaknya tadi ) selepas salam imamnya yang kedua .

TETAPI, jika makmum masbuk itu terus sahaja membaca Fatihah  secepat mungkin dan terlepas rukuknya serta imamnya , Maka BATAL sembahyang makmum masbuk itu iaitu apabila imam sudah berpindah ke rukun I’tidal .


KEADAAN KEDUA :

Makmum masuk di dalam sembahyang, imam sedang berdiri dansedang membaca surah Fathihah

           Dalam keadaan  yang kedua ini , terdapat 2 perbahasan mengenainya :

PERBAHASAN PERTAMA

Makmum masbuk terus  membaca surah fathihah.

PERBAHASAN KEDUA


Makmum masbuk membaca  doa ititah dan ta’awuz.

PERBAHASAN PERTAMA

           Apabila  makmum masbuk masuk ,  imam sedang membaca surah ,  lalu makmum masbuk  membaca surah Fathihah .

           Belum selesai makmum masbuk membaca surah Fathihah   imam telah bergerak ke rukuk .Maka  takala itu WAJIB diputuskan  serta merta bacaan Fathihahnya di mana juga  kedudukan bacaannya ,walaupun sudah hampir sempurna  atau habis  bacaannya Fathihahnya ; dan terus rukuk berserta imam yang rukuk dan berthumakninah bersama imamnya .Maka dapatlah raka’at itu padanya .

v TETAPI, sekiranya Ia engkar danditeruskan bacaannya bagi menyempurnakan  fathihahnya maka  takala itu juga Imam sudahpun selesai ataupun telah sempurna rukuknya dan bangun pula kepada I’tidal  sedang ia belum sempurna Fathihahnya atau  baru hendak rukuk (berselisih  dengan gerak Imam ke I’tidal) maka BATALlah solatnya .

Adapun bagi makmum masbuk yang memutuskan bacaanya Fathihahnya dan rukuk bersama Imamnya  , maka bacaan  yang tidak sempurna  itu dijamin oleh Tuan Imam atau ditanggung oleh Tuan Imam .


PERBAHASAN KEDUA

           Makmum masbuk masuk sembahyang , imam sedang berdiri dan sedang membaca surah ,lalu ia membaca  doa iftitah  atau masih dalam pembacaan doa iftitah ; Lalu Imam rukuk ?

           Dalam keadaan ini , biasanya berlaku sewaktu solat sir ( siang hari =zohor dan asar).Maka makmum  masbuk ini tidak boleh rukuk bersama imam . Malah dia WAJIB membaca  Fathihah sekadar lama doa Ifthitah  yang telah dibaca tadi sewaktu  imam bergerak ke rukuk (lalu  ia berhenti membaca doa ifthitah

           Kadar fathihah yang perlu dibaca adalah seukuran tempoh doa ifthihah yang telah dia baca sebelum imam  bergerak ke rukuk .

           Apabila telah dibaca  mengikut kadarnya , Fathihah itu , Maka ia bolehlah rukuk  dan  jika dilihat imam masih dirukun rukuk  dan rukuk makmum m asbuk itu serta imam dan dapat sekira-kira kadar thumakninah , maka dapatlah raka’at itu baginya .

           AKAN TETAPI, sekiranya apabila telah habis dibacanya fathihah yang seukuran iftitah yang telah ditentukannya sendiri  itu , dan didapatinya  imam sudah  I’tidal maka janganlah Ianya rukuk .Ianya  hendaklah terus sahaja beri’tidal bersama Imamnya.

           Makmum masbuk meneruskan  solatnya  bersama imam .Tetapi raka’at itu tidak diperolehinya dan sembahyang masih SELAMAT bersama imam .

           AKAN TETAPI, jika setelah dihabiskan  Fatihah berkadaran dengan  doa iftitah  yang telah  dia berhenti, dan (imam sudah selesai rukuk , I’tidal ) dan sekarang imam sedang dalam tunduk menuju  sujud ,WAJIB ia BERNIAT MUFARAQAH( cerai daripada imam ).Jika dikekalkannya dan imam sudah sujud ,BATAL sembahyangnya .

           Oleh yang demikian , dinasihatkan sekiranya menjadi makmum masbuk , dalam apa jua keadaan , hendaklah kita abaikan membaca doa iftitah  dan ta’awuz .    Maka hendaklah dibacakan Bismillah dan surah Fathihah  sedapatnya dan berhenti serta merta  dimana jua kedudukan bacaannya dan terus lah rukuk bersama imam yang rukuk .

           Adapun , membaca doa iftitah dan ta’awuz tidak disunatkan pada makmum masbuk ;Begitulah  yang telah dinaqalkan oleh Imamul A’zhom Syeikh Muhammad Bin Idris
( Al Imam Syafi’ie) dalam hal keadaan makmum masbuk .

           Andaikata ,terjadi keadaan yang diluar jangka , disangkakan situasi asalnnya harus layak dibaca doa iftitah ,ta’awuz dan surah fatihah ,TETAPI jangkaan makmum itu tersasar atau sebab imamnya cepat dan pantas , maka perbahasan ke 2 haruslah diaplikasikan (dilaksanakan ).

           Dan tidak boleh  mengaplikasikan (melaksanakan ) suasana  berbeza untuk  berlainan masalah .

           Asal pokok  yang harus dilakukan  oleh makmum masbuk adalah terus membaca bismillah dan surah fatihah,walaupun dijangka atau disangka imam akan melambatkan bacaannya, dan dia lulus membaca doa iftitah ,ta’awuz dan surah fatihah.
          
           Adapun  langkah meningggalkan yang tidak disunatkan  untuk makmum masbuk lebih menyelamatkan makmum masbuk dari  menghadapi tidakan  bermufaraqah olehnya .


TAMBAHAN ;
Adapun , makmum yang teringat , bahawa dia tidak  membaca fatihah dalam rukuknya  dalam sembahyang Juma’at .?
Maka hendaklah dia bangun tambah rakaat yang ia lupa baca Fatihah itu selepas selesai imam memberi salam .

Alhamdulillah , begitulah adanya susunan yang dapat  aku nukilkan daripada pengajian ku daripada guruku Ustaz Razib  sebagai buah tangan untuk  isteri anak-anak cucu cicit serta keluarga dan saudaraku Ikhwanul muslimin .

Wallahua ‘alam bishowab ..
Disusun oleh :
Mimbar Masjid
15,JLN ANGGERIK PUTIH
KG DESA JAYA
MAJIDEE BARU
JOHOR BAHRU
Sunday, October 07, 2001

                               
          


                                                                










v Ingatlah wahai ikhwanul muslimin , bahawasanya Dunia ini adalah tempat tumpangan sementara , Akhiratlah tempat tinggal kita selamanya .
v Dunia sementara akhirat kekal abadi.

v Oleh itu , BERTAQWALAH DENGAN SEBENAR-BENAR TAQWA.

Tempat Yang Disunatkan Angkat Tangan

TEMPAT YANG DISUNATKAN MENGANGKATKAN TANGAN
 
1)   Takbiratul Ihram
2)   Ketika hendak turun ke rukuk
3)   Ketika hendak bangun ke I’tidal
4)   Ketika hendak bangun daripada tasyahud awal

Inilah 4 tempat dan kita telah bahaskan 1,2,3, maka yang tinggal
Perkara 4 iaitu ketika hendak bangun daripada tasyahud awal.
Orang Melayu tidak mengatakan at tasyahud awal , kita mengatakan sebagai Tahayat .Maka dalam kita dipanggil tasyahud awal.

Jadi kata ulamak , timbul masalah masbuk .
Tentang masbuk ini , macam mana masalah mengangkat tangan bagi makmum masbuk .Bagi masbuk ini , fuqaha Syafi’e berkata
Orang yang masbuk itu , jika raka’atnya itu kena pada tasyahud awal memanglah diangkat.

ika imam duduk raka’at akhir (Tasyahud akhir ) manakala makmum masbuk pula duduk sebagai raka’at kedua (tasyahud awal) maka  itu memang jelas , bangun dan angkat  tangan .

Tapi, jika tidak jatuh pada tasyahud akhir bagi imam dan tasyahud awal,  bagi makmum masbuk .Misal kata , raka’at 3 bagi pihak makmum dan raka’at  akhir bagi imam , maka disunatkan juga mengangkat tangan sebagaimana keadaan bangun daripada tasyahud awal .Cuma lafaz takbir,

    Sunat mengangkat  tangan oleh  masbuk sama seperti muwafik. Ini pada masalah      mengangkat kedua tangan ketika bangun daripada Tasyahud awal  .

Tetapi sunat bertakbir oleh masbuk hanya pada tempat tasyahud awal diri masbuk itu saja.(sebagaimana ternaqal dalam kitab Fathul wahab : Asyeikhkul Islam  Zakaria Al Anshori )

Jika makmum jatuh menjadi raka’at ke 3 dan imam tasyahud akhir maka ,tidak sunat mengangkat tangan , dan tidak sunat baginya lafaz takbir  ketika bangun .
                             
 Jika berbetulan makmum masbuk pada tasyahud awal dirinya ,pada tasyahud  awal atau tasyahud akhir imam maka disunatkan mengangkat 2 tangan dan juga melafazkan takbir .


Jika selain dari itu , misalnya jika makmum masbuk raka’at ke 3 Dan imam tasyahud akhir , maka makmum masbuk hanya sekadar Bangun tanpa perlu mengangkat tangan , dan juga tanpa perlu melafazkan takbir  ketika bangun bagi menyudahkan baki solatnya .

 Begitu juga , sekiranya masbuk mendapat raka’at pertama, atau sempat berjema’ah  bersama imam ketika imam pada tasyahud akhir  Maka tidak disunatkan mengangkat ke 2 tangan , dan juga tidak disunatkan melafazkan takbir ketika bangun.  Makmum itu, hanya Bangun bisu menunaikan raka’at seterusnya.

 Begitu juga , sekiranya masbuk terus mengikut imam yang sedang  membaca tasyahud awal (bagi imam) , maka makmum itu Tidak disunatkan mengangkat tangan dan juga melafazkan takbir ketika bangun. Dia hanya perlu bangun dalam keadaan bisu dan meneruskan solatnya .

     Jika di baca takbir , tidak batal .Tapi Makhroh.(Dibenci Allah)

 Jika bangun dan mengangkat tangan pada tempat yang tidak disunatkan mengangkat tangan  boleh membawa batal

Contoh: Naik ke rakaat pertama , tidak  disunatkan mengangkat tangan  , tapi boleh membawa batal sekiranya   mengangkat 2 tangan dan gerak satu kepala.

 Jika dua tangan diangkat , kepala tidak digerak .Tidak batal tapi Qhatar iaitu Sudah Bahaya(sudah hampir kepada batal jika salah gaya , jika gerak maka batallah solatnya )