.

Friday, 1 April 2011

Kewajiban yang kena dibuat apabila solat Jumaat diqamatkan

Apabila solat Jumaat diiqamatkan, maka hendaklah para makmum tumpukan perhatian mereka kepada  menjawab qamat dan janganlah ditumpukan kepada bacaan-bacaan doa seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang jahil, kerana perbuatan sedemikian tidak tepat dengan Al -Sunnah. Adapun tempat dan masa berdoa yang sebenarnya ialah selepas qamat dan sewaktu dibetulkan saf-saf.

Rujukan:
Yusoff Zaky Yacob. Masalah Imam dan Makmum.Kuala Lumpur:Dian Darulnaim Sdn. Bhd.

Thursday, 31 March 2011

Doa Nabi Ibrahim agar keluarga mendapat keampunan

Solat

Menunaikan sembahyang atau di dalam Bahasa Arab disebut’Solat’ merupakan rukun Islam kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Solat merupakan tiang agama.Mereka yang mengerjakan solat ialah mereka-mereka yang menegakkan agama manakala mereka yang tidak mengerjakan solat diibaratkan seperti mereka-mereka yang meruntuhkan agama. Terdapat banyak firman-firman Allah yang memerintahkan kita supaya mengerjakan solat.


 Sebagaimana firman Allah di dalam Surah Al-Baqarah ayat 110 yang bermaksud:
Dan laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat.Dan segala kebaikan yang kamu kerjakan untuk dirimu, kamu akan mendapatkannya(pahala) di sisi Allah.Sungguh Allah Melihat apa yang kamu kerjakan.

Saudara-saudaraku,Allah tidak terkesan sama ada kita solat ataupun tidak...tetapi kitalah sebagai hamba yang akan terkesan bilamana kita tidak menunaikan solat..seseorang yang tidak menunaikan solat bukan sahaja mendapat dosa malahan dia mungkin cenderung untuk melakukan dosa dan maksiat lain..hilang panduan hidup dan tidak tenang jiwanya..bukankah Allah Taala telah berfirman bahawa sesungguhnya solat itu dapat mencegah kita dari melakukan perbuatan keji dan mungkar??
Firman Allah di dalam Surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud:
“ Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar.”

Solat Yang Tidak Dapat Mencegah Kemungkaran
Sekalipun,Allah Taala telah berfirman bahawa solat itu mencegah kita dari melakukan perkara yang keji dan mungkar...Tapi..jangan pelik bilamana kita melihat ramai masyarakat Islam hari ini yang mengerjakan solat tetapi dalam masa yang sama masih melakukan maksiat dan dosa??contohnya,betapa ramainya perempuan-perempuan di negara kita yang menunaikan solat tetapi tidak bertudung dan tidak menutup aurat dengan sempurna??atau mungkin ada yang taat dalam menunaikan solat tetapi tidak segan silu menyentuh lelaki atau perempuan yang bukan mahram?lalu,bagaimana yang dikatakan solat itu mencegah dari melakukan perkara keji dan mungkar??

Sidang pembaca yang dikasihi..
Solat merupakan sesuatu yang sangat berat..ia perlu dilakukan dalam keadaan sedar..dengan sabar..dengan hati yang khusyuk dan mengingati Allah..bukan sekadar sambil lewa dan bukan juga seperti ‘ayam mematuk jagung’..
Firman Allah di dalam Surah Taaha ayat 132 ada menyebut:
Dan perintahkanlah keluargamu melaksanakan solat dan sabar dalam mengerjakannya.Kami tidak meminta rezeki kepadamu,Kamilah yang memberi rezeki kepadamu.Dan akibat yang baik di akhirat adalah bagi orang yang bertaqwa.
Firman Allah lagi di dalam Surah Al-Baqarah:238
Peliharalah semua solat dan solat wusta.Dan laksanakanlah solat kerana Allah dengan khusyuk.
(Solat wusta menurut hadis sahih ialah solat Asar.)

Saudara-saudaraku,dua firman Allah ini sudah terang menganjurkan kita untuk sentiasa menjaga solat..kerana solat itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan..solat orang yang berilmu dan tidak berilmu itu begitu banyak bezanya,,

Neraka Wail Untuk Orang Yang Lalai Dalam Solat

Di dalam Al-Quran ada diterangkan dimana terdapat satu neraka yang disediakan khas untuk orang-orang yang menunaikan solat tetapi lalai dalam solatnya..iaitu yang dinamakan neraka wail..sebagaimana yang disebut di dalam firman Allah
Surah Al-Maun ayat 4-5
"Maka neraka wil bagi orang-orang yang solat..iaitu orang-orang yang lalai dalam solatnya..

Sahabat-sahabatku,di dalam solat tidak lain tidak bukan hati dan fikiran kita haruslah hanya mengingati Allah..bilamana kita tidak ingat Allah..maka tika itulah syaitan akan mengganggu kita dengan pelbagai bayangan sehingga menyebabkan fikiran kita melayang ke lain dan tergolonglah kita dalam golongan yang lalai dalam solat..

Firman Allah di dalam Surah Taha:14 yang bermaksud:
Sungguh Aku ini Allah,tidak ada tuhan selain Aku, dan dirikanlah solat untuk mengingati Aku..

Solat dilakukan untuk mengingati Allah..Namun..apa yang banyak berlaku pada kita hari ini..ialah bilamana kita tidak mengingati Allah di dalam solat..baru sahaja hendak mengangkat takbir..fikiran kita sudah melayang entah kemana..hingga satu dunia kita jelajah..malahan lebih hebat bilamana ada yang menunaikan solat dalam keadaan teringat barang yang hilang..dan selesai solat..bisa mengetahui dimana ia tersalah letak barang tersebut..astaghfirullahalazim..betapa kita berada dalam kelalaian yang amat nyata..lalu,apa makna solat kita??
oleh itu..janganlah kita merasa pelik bilmana kita melihat ramai orang hari ini yang taat mengerjakan solat tetapi solat itu tidak dapat mencegah dirinya dari melakukan dosa dan maksiat..solat itu tidak dapat melahirkan rasa takutnya pada Allah..

Andai benar seseorang itu khusyuk dan ikhlas dalam mengerjakan solat..percayalah sahabat2ku..seseorang itu pasti takut untuk melakukan sesuatu yang melanggar syariat dan perintah Allah..selagi mana solat yang kita lakukan tidak dapat mencegah diri kita dari melakukan maksiat,dosa dan perkara-perkara keji..maka selagi itulah kita harus sentiasa berusaha untuk memperbaiki solat kita..insyaallah..

Hikmah Solat
Terdapat banyak hikmah dan kebaikan yang akan diperolehi bilamana kita ikhlas dalam mengerjakan solat dan bisa mencapai kekhusyukan dalam mengerjakannya..Mereka-mereka yang solat dengan hati yang khusyuk adalah mereka-mereka yang berjaya..

Ana ingin berkongsi satu pengalaman..pengalaman ana sendiri..yang mana..ana merasakan kejayaan yang Allah beri pada ana ketika itu ialah berkat ana mengerjakan solat..sekalipun...mungkin tika itu ana baru berumur 10tahun dan belum baligh..tapi,bilamana ana sudah semakin membesar dan mengingati kembali kejayaan itu..ana percaya..kejayaaan yang Allah beri pada ana ialah hasil solat yang ana lakukan...

Sewaktu di dalam darjah 4..ana sudah taat solat..sehingga sampai satu saat..bilamana ana tidak sedar subuh..ana menangis kerana sedih tidak solat..sedih kerana tidak sedar subuh..kemudian,ana akan  berbaring..menangis dan membaca kalimah-kalimah dalam solat sambil berbaring dan memohon ampun pada Allah..Oleh kerana waktu tu..ana masih kecil..ana tidak tahu..bahwa solat boleh diganti jika kita tertidur atau terlupa..Cuma itu yang ana lakukan bila ana tidak solat..

Pada awal tahun 5..ana menyertai pertandingan bercerita peringkat zon..bercerita bukan perkara baru bagi ana..ana sudah mula bercerita bahasa Inggeris dari Tahun 3..dan menyertai pertandingan bercerita kisah-kisah agama di peringkat sekolah rendah dan agama..tapi,apa yang berbeza pada tahun ini..ia adalah kali pertama ana mewakili sekolah rendah ana ke peringkat zon..dengan berbekalkan kisah Nabi Nuh a.s..ana mendapat johan dalam pertandingan tersebut..seterusnya..ana menyertai pula pertandingan bercerita peringkat Daerah dan berjaya meraih Johan buat kali yang ke-2..seterusnya..ana menyertai pula pertandingan bercerita peringkat negeri dan berkjaya meraih Johan buat kali ke-3..Cuma waktu ini..ana diberitahu oleh cikgu ana bahawa terdapat dua orang peserta yang mempunyai markah yang sama iaitu ana dan seorang lagi peserta dari daerah lain..tetapi akhirnya kemenangan berpihak kepada ana..dan ana mendapat Johan dalam pertandingan tersebut dan seterusnya ke peringkat kebangsaan untuk mewakili negeri Pahang..saudara-saudaraku..ana menceritakan ini bukan untuk membangga diri..tetapi sekadar perkongsian..kerana ana melihat kejayaan yang Allah beri pada ana tika itu kerana ana melaksanakan perintahnya yang satu ini..sekalipun tika itu ana masih kecil..

Mari Perbaiki Solat

Sidang pembaca yang dirahmati Allah,sebagai akhirnya..marilah kita sama-sama memperbaiki cara kita menunaikan solat..Ingatlah!selagimana solat kita itu tidak dapat mencegah kita dari melakukan sesuatu yang tidak baik..keji dan mungkar..maka ketahuilah..mungkin ada kekurangan dalam kita melaksanakannya..tetapi andai kita merasakan kelazatan dan kemanisan dalam solat..solat itu bisa memandu kita ke arah yang baik..maka ketahuilah..mungkin Tuhan meredhoi apa yang kita lakukan..sekalipun kita tidak mengetahui sama ada solat kita diterima ataupun tidak..tetapi,hakikat yang sebenar..kita sendiri bisa merasa sama ada solat yang kita lakukan itu benar-benar sampai kepada Allah..

Rasailah getaran dari hujung kepala hingga hujung kaki.. saat kamu menyebut kalimah’Allah..hati yang bisa merasai kehadiran Allah dalam solatnya.. sampaikan ia bisa merasa seolah-olah dirinya melihat Allah atau paling tidak.. dia tahu Allah melihatnya..maka capailah ia kehusyukan dalam ibadahnya..

Hayatilah rangkap lagu Mawaddah ini..

Jika tidak terasa lazatnya sembahyang
Menunjukkan kita ada dosa..
Bermohon ampunlah kepada Tuhan..

-Ya Allah..bantulah kami untuk kami mencapai kekhusyukan dalam melaksanakan ibadah kami kepadaMu..aaminn.


Wednesday, 30 March 2011

Ulat beri pengajaran kepada Nabi Daud

Dalam sebuah kitab Imam Al Ghazali menceritakan, pada suatu hari ketika Nabi Daud a.s. sedang duduk di suraunya sambil membaca kita AzZabur, secara tiba-tiba beliau terpandang seekor ulat merah yang bergerak di atas debu.

Lalu, Nabi Daud berkata pada dirinya
Nabi Daud :,"Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata demikian kepada dirinya, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu untuk berkata-kata.

Ulat Merah: Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca,

"SUBHANALLAH WALHAMDULILLAHI WALA ILAAHA ILLALAAHU WALLAHU AKHBAR" SERIBU(1000) KALI. setiap hari.
                                       Dan pada malamnya pula, Allah mengilhamkanku membaca;
"ALLAHUMMA SHOLLIY 'ALA MUHAMMADIYN ANNABIYYIL UMMIYYI WA 'ALA AaLIHI WA SHOHBIHI WA SALLIM' setiap malam SERIBU(1000) KALI.

Selepas ulat merah itu berkata demikian, maka ia pun bertanya kepada Nabi Daud;

Ulat Merah: Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku supaya aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya, Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat berkenaan dan beliau berasa sangat takut akan Allah SWT maka  Nabi Daud pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah.

Begitulah sikap Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

Kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan teladan supaya kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang bersama-sama kita tumpangi ini.

Sumber :  Pedoman

Siti Hawa

Jangankan manusia biasa, wanita solehah da isteri-isteri  Nabi pun terasa sunyi tanpa lelaki. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan wanita akan resah dan kesepian. Kepada lelakilah wanita memanggil ayahku, suamiku atau anakku. Dijadikan mereka daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.

Wanita pertama yang dijadikan Allah adalah Siti Hawa yang pada mulanya tinggal di dalam syurga bersama suaminya Nabi Adam a.s.  Kepada Nabi Adamlah Siti Hawa merujuk, mengadu dan bermanja-manjaan. Allah nikahkan siti Hawa dengan Adam kerana Adamlah pada masa itu satu-satunya lelaki di Syurga. Alangkah bahagianya dua insan baru yang diciptakan secara langsung oleh
Allah, dinikahkan dan tinggal di dalam syurga yang penuh kesenangan dan kenikmatan.


Rujukan:

Khainunnisa Ghazali. (2002), Hikmah Kejadian Wanita.Kuala Lumpur: Darul Nu'man.

Al-Quran sebagai pembela di hari Akhirat

Abu Umamah R.A berkata:
"Rasulullah SAW telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah SAW memberitahu tentang kelebihan Al-Quran"
Telah bersabda Rasulullah:
"Belajarlah kamu akan Al-Quran. Di Akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya". Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia akan berkata, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membacanya akan menjawab: "Siapakah kamu?" Maka Al-Quran berkata: "Akulah yang kamu cintai dan sanjungi, dan kamu juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari".

Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran : "Adakah kamu Al-Quran?" lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah SWT. Lalu, orang itu diberikan kerajaan di tangan kanannya dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ibu dan bapanya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya berkata,"Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"lalu dijawab," Kamu diberikan ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran,"
Rujukan :
Sumber dari:

Mesir

Pesona Mesir yang Tak Lekang

(foto: stylexp.ro)
(foto: stylexp.ro)
MESKIPUN situasi politik tengah bergejolak dan tidak aman, Mesir tetap saja memiliki daya tarik tersendiri. Banyak peninggalan sejarah yang tetap saja memukau.
Hampir dari seluruh wilayah Firaun ini memiliki peninggalan sejarah dari masanya masing-masing. Berikut 10 tempat wisata Mesir yang layak Anda kunjungi:

Gunung Sinai
Gunung sinai adalah puncak tertinggi di kota Saint Kahterine’s. Gunung Sinai banyak dikunjungi para turis, karena di gunung inilah Nabi Musa mendapat wahyu dari Allah yaitu 10 perintah Allah yang diberikan untuk kaum Bani Israel. Di puncak Sinai juga berdiri sebuah masjid dan gereja. Banyak pendaki yang tertarik menuju puncaknya.

Karnak
Karnak adalah sebuah kompleks kuil, yaitu reruntuhan kuil, tiang-tiang dan bangunan yang lain. Situs ini menunjukkan bahwa dahulu pernah berlangsung sebuah peradaban. Ada 3 kuil utama dan banyak kuil yang berukuran kecil. Pada masa pemerintahan Firaun, Karnak dibangun sebagai tempat pemujaan.
 
Sharm el-Sheikh
Sharm el-Sheikh adalah kawasan kota wisata Mesir, banyak fasilitas hiburan dan pariwisata terdapat di sini. Posisinya yang strategis menghadap Teluk Tiran dan Teluk Aqaba, Sharm el-Sheikh bagaikan surga wisata air seperti snorkeling, scuba diving dan lainnya. Di Sharm el-Sheikh kita dapat melihat Gunung Sinai dan Naama Bay. Lapangan golf dengan fasilitas yang lengkap juga tersedia di sana.

Hurghada
Hurghada adalah kota di Mesir yang terletak di Laut Merah dan terkenal dengan pantainya yang indah dengan pasir putihnya. Hurghada juga menawarkan tempat-tempat wisata yang didukung fasilitas yang baik. Di Hurghada terdapat banyak resor, hotel dan penginapan. Terumbu karang Pantai Hurghada dianggap yang paling indah di dunia. Hurghada juga menjadi pusat internasional olahraga air seperti selancar angin, berlayar, menyelam dan lainnya.

Sungai Nil
Sungai Nil adalah sungai terpanjang di dunia dan sangat melegenda dimana Nabi Musa pernah dihanyutkan di Sungai Nil hingga ditemukan oleh putri Firaun. Sungai nil adalah jantung kehidupan penduduk Mesir. Kehidupan masyarakat Mesir bertumpu pada sungai Nil. Mulai dari sarana wisata, bendungan, pusat perekonomian, pertanian, perikanan, perhubungan dan lain sebagainya. Tidak salah apabila ada ungkapan yang menyebutkan bahwa “Sungai Nil adalah hadiah untuk bangsa Mesir”.

Luxor
Luxor adalah kota kuno di Heliopolis Selatan, di Luxor banyak terdapat situs sejarah Mesir Kuno seperti monumen kebohongan, reruntuhan kuil-kuil dan makam serta museum terbuka yang terbesar. Pariwisata menjadi tumpuan perekonomian penduduk Luxor.

Laut Merah
Laut Merah disebut di Al Qur’an pada saat Nabi Musa membelah Laut Merah dengan tongkatnya saat itu Nabi Musa dan para pengikutnya Bani Israel melarikan diri dari kejaran Firaun. Terusan Suez menghubungkan Laut Merah (Mesir) dengan Laut Mediterania. Laut Merah memiliki keanekaragaman hayati, terumbu karang, atol dan salinitas (kadar garam) yang tinggi. Walaupun banyak spesies berbahaya di laut Merah, tetapi tidak menyurutkan para penyelam untuk menikmati keindahannya.

Alexandria
Alexandria atau Al Iskandariyya adalah kota terbesar kedua di Mesir dan salah satu kota paling terkenal di dunia. Di Alexandria terdapat sphinx dan teater Romawi kuno. The Great Lighthouse masuk dalam 7 Keajaiban Dunia. Banyak wisatawan tertarik untuk mengunjungi Alexandria karena tempatnya yang sangat indah.

Kairo
Ibu kota Mesir ini adalah kota terbesar di Afrika dan berpenduduk paling padat. Kairo juga sebagai pusat ilmu pengetahuan Islam. Universitas tertua di dunia Al Azhar juga berada di Kairo. Bangunan rumah, gedung-gedung kuno sangat kental dengan arsitektur Islam. Julukan untuk Kairo adalah kota dengan 1000 menara. Karena masjid-masjid di Kairo minimal mempunyai 2 menara.

Piramid dan Sphinx
Mesir hampir identik dengan piramid dan sphinx yang dimilikinya. Ada lebih dari 80 piramid di Mesir, dan piramida yang terbesar adalah Piramida Agung Giza dan Sphinx Agung adalah shpinx yang terbesar. Di dalam piramida terdapat mumi atau jasad raja-raja yang diawetkan sedangkan sphinx adalah patung singa berkepala manusia. Piramida dan sphinx di Mesir membuktikan struktur buatan manusia yang tertinggi di dunia dan menyimpan banyak misteri.
(uky)
Rujukan:
Sumber dari:
http://travel.okezone.com/read/2011/03/14/409/434679/pesona-mesir-yang-tak-lekang