.

Showing posts with label Adab. Show all posts
Showing posts with label Adab. Show all posts

Wednesday, 30 March 2011

Penyebab Lupa

PENYEBAB   LUPA
Dari Kitab :Ta’lim Muta’allim

  1. Melakukan maksiat
  2. Banyak dosa
  3. Gilakan dunia dan gelisah hati kerana perkara dunia
  4. Sibuk dengan masalah dunia
*Gila dunia gelap hati , manakala gila akhirat bercahaya hati , yang dapat
  Dirasai ketika kita bersolat
*Gila dunia menghalangi berbuat kebajikan , sedangkan gila akhirat akan
  membawa kepada  amal kebajikan .

  1. Solat tidak khusyuk.
  2. Makan ketumbar
  3. Makan buah epal masam
  4. Melihat bahan rebusan yang tidak ditutup/ melihat salib/berhala
  5. Membaca tulisan pada perkuburan (batu nisan )
  6. Berjalan diantara celah unta yang banyak
  7. Membuang ke tanah kutu yang masih hidup.(bunuh saja )
  8. Berbekam pada palung tengkuk kepala .
Rujukan:
Oleh: Mimbar Masjid
Dari Kitab :Ta’lim Muta’allim

Sunday, 27 March 2011

Jangan Tunduk Ketika Bersalam

ISLAM  melarang umatnya menundukkan kepala di waktu berjabat tangan, kerana sikap yang demikian mengandungi penghinaan diri bukan pada tempatnya.

Diceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. apabila berjabat tangan dengan seseorang tidak menarik tangannya sampai orang itu menarik lebih dahulu tangannya daripada Rasulullah s.a.w.

Baginda juga tidak memalingkan wajahnya sampai orang itu memalingkan lebih dahulu wajahnya daripada wajah Rasulullah s.a.w.

Itulah adab Islam yang diperlihatkan oleh Rasulullah s.a.w. yang memancarkan prinsip harga diri, status insan, ketakwaan, tawaduk dan sifat-sifat mulia islam yang lain.

sumber: Utusan Malaysia  90an