.

Saturday 2 April 2011

Nasihat Nabi kepada wanita

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita  mengenai wanita seperti berikut:

1.   Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
Riwayat: Muslim

2.   Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
Riwayat: Ahmad, Thabarani, dan Hakim

3.   Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya, dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.
Riwayat:

4.   Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
Riwayat dari: Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani,  Anas Bin Malik

5.   Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya.
Riwayat: Tarmizi

6.   Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan(meminta maaf)
Riwayat dari: Hassan

7.   Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulansemuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Riwayat: Muaz bin Jabal

8.   Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memulikan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.  Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya, dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul- mustaqim.
Riwayat: Muaz bin Jabal

9.  Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya."tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun." Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak, keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Rujukan:

Khairunnisa Ghazali. (2002). Hikmah Kejadian Wanita. Kuala Lumpur: Darul Nu'man

No comments:

Post a Comment