.

Friday 8 April 2011

Bismillah 6

Mana satu pilihan anda?









Adab-adab setelah selesai solat

Setelah kita bersalam, mengakhiri ucapan munajat:

a.   hendaklah kita mempunyai perasaan, kalau-kalau persembahan yang telah dipersembahkan itu tidak diterima Allah SWT dengan redhaNya, lantaran kurang sempurna; bahkan hendaklah kita anggap bahawa persembahan kita terlalu jauh dari sempurna, dan hendaklah kita bercita-cita akan menambah kebagusan solat yang akan kita persembahkan.

b.   hendaklah kita bersyukur kepada Allah SWT yang telah menyempurnakan solat kita.

Tegasnya hendaklah kita duduk barang sebentar untuk berzikir sebagai tanda gembira dan bersenang hati atas kesempatan yang telah kita peroleh, yakni kesempatan bermunajat kepada Allah azza wa jalla.

Seseorang yang baru turun dari istana ketua negara, sesudah menghadap berbual-bual dengan ketua negara sendiri, tentulah kelihatan air mukanya berseri-seri kerana dalam ingatannya terbayang-bayang kebaikan ketua negara yang telah sudi menerima ia menghadap dan berbual bicara dan sudah tentu lidahnya menyebut-yebut kebagusan perlakuan ketua negara.

Maka zikir sesudah solat adalah sebanding dengan itu, bahkan lebih dari itu.

Lantaran demikian, sungguh tidak layak -apabila kita sesudah salam, terus saja melompat bangun, dengan tidak bertasbih barang sepatahpun. Orang yang terus bangun berdiri sehabis solat, adalah orang yang tidak merasai sama sekali kelazatan berhadapan kepada Allah Khaliqul 'Alam.



Wednesday 6 April 2011

Solat sunat 12 rakaat sehari semalam

Ada beberapa hadis yang lain menyebutkan amalan-amalan lain yang membolehkan seseorang itu mendapat istana di dalam syuga. Antaranya ialah sembahyang sunat rawatib.

"Daripada Ummu Habibah, katanya saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda;" Sesiapa bersembahyang 12 rakaat dalam sehari semalam dibina untuknya sebuah rumah di dalam syurga."
 (HR Muslim)



59 Tips meraih syurga idaman

1.  Taubat
2.  Menuntut ilmu
3.  Senantiasa mengingati Allah
4.  Berbuat ma'ruf
5.  Berdakwah kepada Allah
6.  Mengajak yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar
7.  Membaca al-Quran
8.  Mempelajari Al-quran dan mengajarkannya
9.  Menyebarkan salam
10.Mencintai kerana Allah
11.Memperbanyak Doa dikala sujud terakhir
12.Membantu membayarkan hutang
13.Menutup aib orang lain
14.Menyambungkan tali silaturrahim
15.Berakhlak yang baik
16.Jujur
17.Menahan marah
18.Membaca doa penutup majlis
19.Sabar
20.Berbakti kepada ibu bapa
21.Membantu janda dan orang miskin
22.Membantu anak yatim
23.Berwuduk
24.Membaca syahadat selepas wuduk
25.Berdoa setelah azan
26.Membangun masjid
27.Bersiwak
28.Berjalan ke masjid
29.Solat Lima Waktu
30.Solat Subuh dan Asar berjemaah
31.Solat Jumaat
32.Saat dikabaulkannya Doa pada hari Jumaat
33.Mengiringi solat fardu dengan sunat rawathib
34.Solat dua rakaat setelah terlakunya dosa
35.Solat malam
36.Solat dhuha
37.Selawat kepada Nabi
38.Puasa
39.Puasa 3 hari setiap bulan
40.Puasa 6 hari pada bulan Syawal
41.Puasa 'arafah
42.Puasa 'Asyura
43.Memberi hidangan berbuka bagi orang yang berpuasa
44.Solat malam Lailatul Qadar
45.Sedekah
46.Haji dan Umrah
47.Beramal soleh pada 19 hari hulan Dzulhijah
48.Jihad di jalan Allah
49.Infaq di jalan Allah
50.Menyembahyangkan mayat dan mengiringi jenazah
51.Menjaga lidah dan kemaluan
52.Keutamaan mengucap Laa ilaaha illallah dan Subhanallah wa bihamdih
53.Menyingkirkan gangguan dari jalan
54.mendidik dan melindungi anak perempuan
55.Berbuat baik kepada haiwan
56.Meninggalkan perbalahan
57.Mengunjungi saudara-saudara seiman
58.Mentaati suami
59.Tidak meminta-minta

Rujukan:
Adil Akhyar, SH,LL.M. (2008). Malam Pertama di Syurga.Johor Bahru: Pustaka Azhar

Saturday 2 April 2011

Nasihat Nabi kepada wanita

Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kita  mengenai wanita seperti berikut:

1.   Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.
Riwayat: Muslim

2.   Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian keluar melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya, maka ia adalah perempuan zina, dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
Riwayat: Ahmad, Thabarani, dan Hakim

3.   Dikahwini perempuan itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya, dan kerana agamanya. Maka carilah yang kuat beragama, nescaya kamu beruntung.
Riwayat:

4.   Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang ia kehendaki.
Riwayat dari: Ahmad Ibnu Hibban, Thabarani,  Anas Bin Malik

5.   Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan untuk suaminya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari kiamat, tiada nur baginya.
Riwayat: Tarmizi

6.   Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan(meminta maaf)
Riwayat dari: Hassan

7.   Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung diudara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulansemuanya beristigfar baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredhainya(serta menjaga sembahyang dan puasanya).
Riwayat: Muaz bin Jabal

8.   Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya dari bakaran api neraka. Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama, maka Allah memasukkannya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya(sepuluh ribu tahun) kerana dia memulikan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan mengadapnya.  Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong misainya, dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi titian Siratul- mustaqim.
Riwayat: Muaz bin Jabal

9.  Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya."tidak pernah aku dapat dari engkau satu kebajikan pun." Maka Allah akan hapuskan amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah pada malam hari. Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan. Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah. Apabila wanita melahirkan anak, keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.

Rujukan:

Khairunnisa Ghazali. (2002). Hikmah Kejadian Wanita. Kuala Lumpur: Darul Nu'man

Friday 1 April 2011

Pendapat orang mengatakan agama sama sahaja

Soalan:
Ada sesetengah orang berpendapat bahawa agama-agama yang wujud di dunia ini adalah sama sahaja.
Masing-masing bagus semuanya. Apakah pandangan Islam terhadap pendapat seperti ini?

Jawapan:
Pendapat seperti ini adalah nyata salahnya, mungkin terbit dari pandangan orang-orang bukan Islam atau mereka yang berpenyakit di hatinya yang memang tidak mahu memahami Islam.

Sebenarnya, kita tidak boleh membanding, lebih-lebih lagi menyamakan Islam dengan agama-agama lain, kerana perbezaannya amatlah jauh sekali, di mana Islam adalah agama Samawi yang datang dari Allah Ta'ala. Ia adalah tersendiri, lain dari yang lain, tetapi tidaklah salah kalau dikatakan bahawa agama-agama lain selain daripada Islam itu adalah sama sahaja. Kesucian dan ketinggian Islam itu adalah difahamkan dari sebuah hadis Rasulullah s.a.w. bermaksud:
"Bermula agama Islam itu adalah tinggi dan tidak ada agama yang dapat mengatasinya"

Rujukan:
Hj Ishak Hj Din, Haron Din. Pengenalan Kemusykilan dan Penjelasan. Kuala Lumpur:Pustaka al Mizan

Kewajiban yang kena dibuat apabila solat Jumaat diqamatkan

Apabila solat Jumaat diiqamatkan, maka hendaklah para makmum tumpukan perhatian mereka kepada  menjawab qamat dan janganlah ditumpukan kepada bacaan-bacaan doa seperti yang dilakukan oleh sesetengah orang jahil, kerana perbuatan sedemikian tidak tepat dengan Al -Sunnah. Adapun tempat dan masa berdoa yang sebenarnya ialah selepas qamat dan sewaktu dibetulkan saf-saf.

Rujukan:
Yusoff Zaky Yacob. Masalah Imam dan Makmum.Kuala Lumpur:Dian Darulnaim Sdn. Bhd.